Sunday, February 21, 2010

Menu Ahad 14.2.2010





MAKAN PAGI...

Semalam en hubby dah cakap nak makan nasi lemak...so pagi2 lagi lepas solat suboh mak dah mesin nyiur...
en hubby minta telur mata kerbau...
nasi lemak...

Lepas mengisi perut...aku, en.hubby dan salmi serta budak2 keluar untuk projek pencarian carpet untuk bilik pengantin...lokasi pertama ialah di kompleks kailan...Ada satu kedai carpet di situ...bincang punya bincang..sekali kaler yang nak pulak takdak..dek kesombongan pekerja..kami pun mencari lokasi lain....

Destinasi seterusnya ialah Seberang Jaya...masing2 mencuba nasib walaupun tahu hari ni CNY..dah sah2 semua kedai tutup...yang bukak pun tentunya kedai makan....so apa lagi dah balik kampung...dan tak sah kalau tak pekena nasi kandaq...
tu dia..jom kita pekena nasi kandaq

Lepas makan...kami round2 lagi cari kedai carpet...huhu..semua kedai tutup daa...

MAKAN MALAM....

Makan malam rini...aku masak simple jer...guna balik sambal nasi lemak pagi tadi..ada lebih banyak..so tgk ada udang dalam freezer...campak ja masuk..siap...siapkan sambal belacan dan ulam daun jangguih...a.k.a daun gajus..
Untuk kids..aku buatkan ayam masak kicap..


sambal udang yang recycle sambal nasi lemak...

utk anak-anak dan anak menakan
yummy ha?

No comments: