Wednesday, February 24, 2010

KEDAI KAYA vs KEDAI MISKIN...

Tajuk entry ni nak post jugak sebab aku dah tak tahan nak tergelak guling-guling ni...saja nak syer dengan sesapa yang sudi nak syer...Alkisahnya cerita ini berlaku semalam semasa kami sekeluarga nak keluar makan...Dalam perjalanan pulang selepas membeli kain untuk baju melayu pengantin..en hubby mengajak kami makan di KFC...aku agak kekenyangan selepas makan semangkuk sup kamping mamak...so aku pun berkata kepada en hubby...boleh jugak but not now...(masa tu time baru jam 9 mlm...)kalau nak makan KFC kita makan pukul 11pm la...

tiba-tiba..en hubby bertukar fikiran..SOMTAM katanya..memang kami berdua tengah kemaruk makan somtam sekarang..so..aku kata OK!...sampai ja di kedai..kami pun mengambil tempat masing-masing...aku duduk bertentang dengan Dina...puteri sulongku...

Dina:"papa...kat kedai miskin ni ada macam-macam ke?..."
Aku:..dah mula menutup mulut menahan ketawa...sambil menendang2 kaki en hubby...
Papa:"Eh kat sini ada macam-macam..Dina nak makan apa?"
Dina:"ye ke ada macam-macam...betul ke pa?ada tak bla..bla..bla..."
Papa:"Ada...Dina nak makan mee yang macam mama makan semalam ker?"-merujuk kepada mee kungfu aku order semalam....
Dina:Mmm..mmm...mmm....dengan membuat muka blur tanda taknak order...

So..papanya pun mengorder mee goreng tak pedas sebab dah tak larat nak tunggu mmmm..mmm. dia abis......bila sampai jer mee tu...hanya sesuap yang dimakannya...

Aduh...bukan salah ibu mengandung...bila naik jer kereta..apa lagi...terus la kena sekolah dengan papa dia..mana ada kedai kaya ke miskin..semua sama jer...tak boleh buat macam itu..tak boleh buat macam ini...duit yang dia guna kat sekolah pun nak kena pantau sekarang ni sebab duit tu bukan dia beli makan..dia abiskan di kedai buku beli note book...balik rumah...tulis sikit dah koyak..dan buang...pening-pening....

No comments: