Sunday, November 8, 2009

Parent & Teachers Day@Tadika Intan Comel

Pada Sabtu lepas dalam pukul 12.30pm, ada perjumpaan antara ibubapa dan cikgu2 di Tadika Intan Comel Bukit Tinggi Klang. Tujuannya untuk mengetahui perkembangan anak di Tadika sepanjang setahun menjalani sessi persekolahan di situ..Keseluruhannya aku dan En Hubby amat berpuas hati dengan pencapaian Dina yang sangat memberangsangkan..bayangkan Dina masa masuk sekolah tu..apa pun dia taktau..tambahan bila masuk bab membaca..nak menyebut BA..tu pun dia taktau..apatah lagi buku dll...itupun hanya MAMA, PAPA dan SUSU shj..untuk budak berumur 6 tahun...kalau budak seusia dia mesti dah boleh baca paper pun ada..bayangkan betapa aku dan En Hubby sangat susah hati apabila dia mula nak masuk sekolah pada awal tahun ini..kami terangkan pada cikgu masalah dia itu..

So semalam..alhamdulilah sebagai ibubapa kami amat berbangga mempunyai anak sebijak Dina..dr tidak tahu apa2..kini dia boleh membaca dalam bahasa melayu, bahsa inggeris dan agama...Terima kasih yang tidak terhingga untuk cikgu2 yang berusaha keras membantu. bayaran permulaan sebanyak RM1140 dan yuran bulanan sebanyak rm180.00 sangat2 berbaloi dan rasanya tidak boleh disamakan dengan ilmu yang diperturunkan oleh cikgu2 semua..nampak gayanya aku dan en hubby kena belikan sesuatu atau setidak2nya kad sbg penghargaan dari kami sekeluarga. Dengan kemudahan taman permainan dan kolam renang dan bantuan pembelajaran di sekolah itu..Nur Hana Amani pasti akan dihantar ke sana jua 2 tahun lagi..

So back to the result..
Ni keseluruhan result yang dia dapat..excellent in all subjects-computer knowledge, maths,science, both languages and moralni buku rekod diaini progress Dina 1st sem dan 2nd sem..cuma kelemahan yang kami dapati ialah dr segi spelling.Lain-lain semua ada peningkatan.Thinking of sending her to extra class during this scho0l break..ini komen teacher surjeet..


Sijil tamat program Mental Arithmetic
Sijil tamat Smart Pre-School Programme
Ini sijil kelas agama..
Ini ujian Sains-dpt 100%
Dapat 100% untuk pemahaman Bahasa Melayu-kira dia faham la Bahasa Melayu..
Apasal ENglish dia dapat 97% jer..kita view kat mana salah dia...
1)Soalan:What does he want to buy?
He wants to buy..........................Dina bg jawapan FRIED RICE..tapi sbnrnya kena jawab a plate of rice...ish...kalau kita order kat kedai pun mesti cakap fried rice jer..tak sebut pun a plate of fried rice...tahap depa dah tinggi nih...(tolak 1 markah)
2)Pritam Kaur is a girl or woman...so dia jawab woman-ni soalan bergambar..Pritam Kaur tu sbnrnya girl lagi....(tolak 2 markah)

Moral pun dapat 100%.Dulu kalau kat sekolah rendah..moral ni untuk budak India ja..
100% untuk penulisan Bahasa melayu jugak..means boleh ler dia menulis kan...
Maths?99% only-ish ni yang mama nak marah ni.dah hantar Kumon Matematik pun salah jugak.....mistake kat mana..jom kita terjah............20-?=?ni ada gambar topi yang di pangkah 4..dia jawab 20-5=16-ish ish..mmg la salah...kalau dia jawab 20-4=16 tu boleh cikgu tu kasi betul lagi...bila tanya teacher Surjeet problem ni..teacher jawab..dia buat math ni mcm dia jawab soalan Kumon kot..soalan kumon kan banyak..dia buat jer..check nye tidak...laju mcm keretapi...


Dina with her class teacher, Teacher Surjeet

Dengan pembantu-pembantu di sekolah-yang peluk dia tu ialah Aunty Upa..selalu tolong hantar sampai ke kereta...
Teacher ni nama dan ajar aper pun aku taktau...
En Hubby selepas mengambil result..hehe macam ambil result SPM tu...
Kelas Dina...20 org pelajar..

Keseluruhannya, aku dan En Hubby berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan...menurut Teacher Surjeet, soalan2 yang dikemukakan adalah soalan final untuk pelajar darjah satu..so level dia kira dah darjah satu punya level la...hmm..alhamdulilah...Namun begitu..catatan aku hanya sebagai peransang kepada Dina..ini baru permulaan...banyak peringkat lagi yang perlu dia tempuh..kita sebagai ibubapa hanya perlu memantau...rajin berbincang dengan guru..rajin semak dan ulangkaji pelajaran ...dan sentiasa mengingatkan tentang kerja yang belum disiapkan..itu kunci utama...dan menjadi amalan kami selama ini..Harap tuhan sentiasa memberikan kami kelapangan waktu untuk bersama-sama membesarkan kedua2 puteri ini..

2 comments:

amelia shafer said...

wahhh...cayalah dina..pandai nyer..!!!

Salwa Hamzah said...

so how about nureen ngan ayuni?