Sunday, November 8, 2009

Aktiviti Hujung Minggu Ini...


Hujung minggu ni..apa lagi nak buat..breakfast mesti la lambat sebab bangun pun lambat..lepas solat Subuh..sambung tidur balik..jam 9 aku dah bangun...dah biasa bangun pagi..rasa naik biul bila tidur lama2 ni...pagi2 ni apa yang aku buat..kemas rumah la as usual...tiba2 En Hubby suruh siap awal nak pergi breakfast padahal semalam dia dah bagitau jam 11 baru nak breakfast merangkap makan tengahari..aku ni memang pantang betul kalau dikejan2 ni..aku dengar dia menjawap telephone..ini mesti call sbb nak breakfast sekali...ish..rasa berangin jer satu badan..ye lah..pantang sebab bila janji ngan orang kita yang terpaksa jadi lipas kudung..bukan senang nak siapkan 2 orang puteri dalam keadaan tergesa2..Breakfast pagi ni di Longkang-nama tempat yang kami panggil-sebenarnya Nasi lemak sri Sarawak..tetapi disebabkan lokasi dia tepi longkang-lekat la nama tu..Sampainya di sana, nampak kelibat mertuaku..ooo patutla kalut sangat...apa yang makan kat sna-lontong paru dan teh o ais..gambar nak snap..payah sikit..ramai beb..kang kata aku poyo pulak..hehe...

Petangnya kami jalan2 kat Jusco..mana lagi tempat lepak hujung minggu kan...nak ke tempat lain jauh..malas betul...so semalam cuba tempat makan baru..VIVO

INi Choco Ice Cream Brownies..rm 5.50.sedap ker?biasa ja..tapi Hana sangat suka...
Ini Chessy mushroom spagetty rm10.90Ini my beef lasagna..tak sedap mcm kat secret resepi...rm12.90
ini pulak ialah Tropical BBQ Chic Chop rm14.90..rasa?entah..en hubby makan sorang2 jer...
Mushroom Soup-murah kat sini..hanya rm3.90..tapi kalau beli yang paket tu murah je kan..boh ja air masak...siap...boleh syer lagi..hehe
ini compliment dr VIVO sbb order dah lebih RM80++..dapat 2 gelas...Choco Brownies Mallows


Menu-menu lain mesti cicik lupa ambil
1.Italian deluxe 7" pizza rm11.90-ok jugak ler..
2.Crispy chicken tenderloin rm8.50
3.My iced cafe latte rm7.50
4.manggo mouse rm4.80

Cuba teka?apa yang ingin ditunjukkan dalam gambar ni?..si Hana lekatkan sticker pada cermin kedai...
Tersandar kekenyangan aku ngan en Hubby
Apasal blur jer gambar ni?ni yang buat aku nak beli d90 ni..ni sbnrnya dr hp cicik..nak guna h/p en hubby siap flash..leceh..kang semua org tengok

Cicik dan Hana yang sentiasa di sisi
Mak aii..ini memang tabiat Hana walau di mana jua berada
Apasal aku pulun makan ni?
My sweet princess
dina as usual pergi la ke mana-mana pun-mesti order mushroom soup..

Dina dan cicik..
Ini la kerja anak-anakku...di mana jua berada...
hana pun nak ikut kakak...


ini hana dengan "cicik"dia la..mana nak ngan aku kalau cicik ada...

Ok dah selesai...hari ni makan..aku yang belanja..bukan senang kan..selalunya aku buat dek jer...sian pulak en hubby..tadi dah kena pau masa breakfast..so turn aku pulak ler..yang penting kita enjoy...lepas makan..ke mana lagi..game ler..en hubby layan puteri2 sementara aku dan cicik pusing2 kat tempat baju..singgah FOS dan BB Max..Cicik cari seluar..at last en hubby dan Hana dapat sorang 2 helai...aku macam biasa la...mana ada shopping2...

No comments: