Tuesday, November 24, 2009

Bunga Tangan-Part 18

Bunga tangan-nak yang fresh ke nak yang plastik?hmm...kita letak gambar dulu..then survey harga ya..kalau nak aku gubah...boleh ker?hehe




hmm..ini sesuai dgn baju akad nikah ni...
1)pemegang hitam..
2)riben hitam
3)bunga merah-boleh jer bunga apa2 pun...
4)final touch-maybe heart shape mcm tu...


ini pulak pilihan aku....sesuai untuk majlis sanding...
1)pemegang hitam..
2)riben hitam
3)bunga putih-boleh jer bunga apa2 pun...
4)final touch-maybe juraian diamond.

H
ASILNYA...

Ini bunga tangan untuk majlis akad nikah

Ceritanya begini...aku balik kampung untuk menghadiri majlis kahwin ni pada hari Khamis petang (11.3.2010)..so sebelum balik aku dah pesan pada Salmi agar cepat2 order bunga hidup..maklumlah..bukannya ada florist kat KB tu..paling tidak pun kedai india ja..itupun banyak bunga kekwa...
Bila sampai jer kat sana tanya dia dah order ke belum...jawabnya belum...mak aii..gelabah la aku...dah terbayang kesusahan nak ke Bagan Ajam. So keesokan harinya (12.3.2010) aku mencuba nasib utk order roses dr kedai India tu dan pengambilan akan dibuat pada keesokan harinya iaitu sehari sebelum kenduri..
Menjelang jam 5 ptg (13.3.2010).bila aku double check sebelum bunga diambil...hmm...bunga rose putih dan carnation putih takder..so aku dan Kinah bergegas ke Bagan Ajam pulak..Malang sekali lagi bila Florist dah tutup sebab kami dah sampai jam 6 lebih...pusing lagi menghala ke Jalan raja Uda..pun sama jugak..Nasib baik Nisa kawan si Salmi telefon bertanyakan apa lagi yang takde..so minta tolong dia tolong cari sama...tapi bunga dapat pada hari kenduri...hmm...takper la gubah sendiri kan...tawakal je la..
14.3.2010..selepas akad nikah...Lebih kurang jam 11 pagi..baru bunga carnation putih sampai..bayangkan dengan bunga masih kuncup...tak ker gelabah lagi dibuatnya...tiup pulak bg kembang..bila dah siap cantum..alamak..kocik plak dah..so apa yang aku buat..buka balik bunga tangan akad nikah dan combine dengan carnation tu...jadilah rupa mcm tu...
Bunga ni guna untuk upacara sanding..
Plan lain..jadi lain...


No comments: