Wednesday, November 4, 2009

Hantaran-Kenduri Oh Kenduri..PArt 7

Yeye..dah part 7..ish kagum aku bila dah sampai sini...huh..perasan...
Kali ni nak sentuh bab barang-barang hantaran pulak..seperti biasa bab ni yang agak tedeous selain bab2 bunga telur..

HANTARAN

Selepas sembang2 ngan Salmi yang masa dia macam berlian tu(susah sgt nak jumpa)..inilah antara barang2 yang nak dijadikan hantaran

1.Baju Melayu@kemeja
2.Jam Tangan
3.Coklat
4.Kasut
5.Wallet, Belt
6.Sejadah & Quran
7.KAmera(ye ker?takkan dua2 org bg benda yang sama kot)
8.Sireh Junjung
9.WAngian


Juga last week aku buat survey di Jusco Bukit Tinggi bersama dia dan bakal adik iparku. Bukan apa..aku suruh dia survey harga2 barang supaya senang nak buat bajet..Alllocation untuk setiap benda dalam RM500.. so dont over bajet ha!!!!Tapi utk kamera mesti ada 2 org Divas yang akan suggest D90..

My advise to them..buy after Kristmas. cheaper..betul tak??

So bab ni maksudnya January la beli..then nak kena fikirkan bentuk gubahan pulak...pening lagi...heheh

Fotografer-Kenduri Oh Kenduri..PArt 4

PLANNING

Part 4 ni kita cerita sikit pasal pencarian kameramen aka fotografer..Terus terlintas di kepalaku adik
Melia..why not kan?lagipun aku dah kenal family dia..ye lah bila nak appoint org ni at least kita kenal..takut jugak kalau buat hal nanti masa hari yang bersejarah tu berlangsung..hope semuanya diberikan kesihatan yang baik pada hari tersebut..

FOTOGRAFER

So lepas berbincang dengan Amelia berkenaan perkara ini..kami..hahaah..kakak2 nya lah telah bersepakat tentang harga service yang dikenakan...so inilah intipati mesej yang dibincangkan..

Pakej Custom Album tu..

~ Unlimited Shoot (300-400++pcs) untuk 2 event
termasuk Akad Nikah + Kenduri + Outdoor (yg sesuai kt area situ,
bendang or etc) + masa makeup

~ 1 Custom Album (besar)
-customer boleh pilih gambar sendiri (70-80kpg) & alan akan edit
untuk masukkan dlm custom album tu.

~ 1 Custom Album (pocket size)- sama ngan yg besar beza cuma saiz.

~ 1 Beg Album - sama dengan kulit album

~ 1 CD dengan cover istimewa yg sama dgn beg n album

~ 100 keping gambar 4R

Harga Customer lain: Rm1650
HArga Awa : Rm 1500!!!

apa-apa confirm nnnti ek..lg 1 alan kata boleh jer bayar sikit2 mcm melia kata tu..balance rm200/rm100 sebelum majlis berlansung..bila dah nak amik album baru bayar balance rm100 tu.

Ha..jangan taktau..aku dpt additional diskaun lagi rm50..ihsan kawan2..sebab aku ni pantang kalau aku tawar2 org tak bagi...hangin aku..hehehe...so utk org lain tu..jgn mimpi la nak dpt harga best camni...nak? lu mintak la sendiri..ini harga utk diskusi bulan Oktober 2009..harga bulan dan tahun lain...paham2 ja la...kan melia kan..

Thanks Melia dan Alan..nnt wedding planner ni jgn lupa la selit gambar sekali tau....hahaha...

HASILNYA

Tuesday, November 3, 2009

Alamak hujan lebat...............

Aduh..ini la perkara yang paling tak best bila aku cuci kereta..mcm badi ja rasanya...Baru syok2 keta berkilat...hujan pulak turun..kalau takat rintik2 tu boleh la tahan lagi...ni ha lebat sungguh...huhuhu...

Siap ngan cuci enjin lagi...tapi semput2 pulak keta..aku rasa mamat tu tak bagi kering betui2 ni..mcm mana nih...apa patut aku buat...

Katerer & Khemah-Kenduri Oh Kenduri..PArt 1

Ok..post kali ni aku nak sentuh bab wedding adik aku Salmi...plannya bulan Jun 2010 tapi diawalkan ke March 2010. Aku tengok dia macam relax ja tapi aku ni seperti biasa debaran tu terlebih sudah...

Tema yang dipilihnya untuk majlis di Kepala Batas ialah merah, hitam dan putih..yup i like that kaler too..tapi bila memikirkan sinar matahari yang terlebih pancar ke muka dia..pening jugak la pala aku..tapi aku layannnnnnn jer...harap-harapnya mak andam nanti dapat berikan yang terbaik dalam menatarias muka pengantin nanti.

So aku seperti biasa bertindak sebagai wedding planner...sure adik2 aku bengang dengan aku jugak kan...ya la..aku dah siapkan satu buku catatan nota dan bajet untuk Salmi follow tanpa berlakunya pembaziran..Sakinah dulu pun dah bengang bila aku set itu ini...sampaikan cuti sebulan utk majlis adik aku dulu..

So macammana aku nak mula ya..shud i put numbering on my remarks...ahh nak buat colum khas..aku tak reti..takpa jap lagi aku rujuk ngan sifu2 aku...

KATERER & KHEMAH

1.Perkara paling utama dalam sesebuah majlis kenduri kendara tentunya makan..so untuk tidak mahu masalah berulang masa kenduri Sakinah dan majlis bertunang Salmi, kami sepakat untuk memilih:

Katerer: Pantas Katering
Jumlah jemputan: 1500 orang
Waktu jamuan: 12 tgh -6 petang-mesti la lanjut sampai malam
Menu: Akan dibincangkan bulan december nanti-seperti biasa mak akan berbincang dengan aku la...buah hati pengarang jantung dia...
Jumlah Khemah: ini bergantung pada anggaran katerer..juga akan dibincangkan nanti
Khemah Makan & khemah pelamin:
Scallop dan awning merah, hitam & putih-kalau ada chandelliar lagi best

nampak tak scallop khemah kat atas nih..cantikkan...alangkah baiknya kalau dpt buat khemah cam ni...


Warna tema: Warna khemah seperti yang diminta oleh pengantin ialah merah,hitam & putih
Kerusi VVIP: Kena bincang lagi..ikut kaler yang Salmi nak tu..aku nampak satu macam jer..mcm kaler cina mxxxxxx pun ader..think..think...think..so anybody yang ada pandangan..sila lontarkan idea ya...

Kerusi VVip dan meja nak kaler ni ker..cantik ker?what say you?


kalau tukar kerusi dan meja kaler nih dan riben merah..mcm lagi tak best pun ada...

Hidangan VVIP:
Kubah kot..hahaha..panggil aper yer..aku rasa kubah la kot
Meja beradap: Hiasan meja pengantin, kena sembang ngan katerer..sebabnya taktau mcm mana yang depa akan buat..tapi kalau boleh bunga tu mesti la putih merah

meja makan beradap...nampak mcm tak best jer...cuma aku cuba imagine baju pengantin kaler merah..makan kat sini..kalau hiasan kat depan tu dah byk yang merah...mau tak nampak pengantin...elok tak kalau ikatan riben kat kerusi tu tukar hitam...jadi hitam putih...scallop kat depan tu patut kaler aper ek?

Kerusi Pengantin: Kena la tinggi dan berbeza daripada org lain but jangan tenggelam dengan baju merah yang akan dipakai tu..



Tuesday, October 27, 2009

My 31st Birthday Celebration

My En hubby decided to have seafood for this function. Jadi dia memberi pilihan sama ada nak ke Chinese or malay seafood..I said Muara Ikan Bakar..sebab tepi laut dan dah lama tak ke situ..
Sesampainya di sana, en hubby memberikan aku sejambak bunga..hmm..mmg aku suka bunga..dan en hubby masih ingat itu..

ni la bunga yang en hubby bagi...ada 6 kuntum bunga tapi apasal kaler bercampur2 nih...hahaha..bila aku bertanya what is the meaning of that...he said i love u...other meaning???becoz its cheaper than 12 flowers...hehehe..ini mesti sahih DIna yang pilih kaler...takkan la en hubby tu tetiba ja mix kaler...

Next..aku nampak en hubby keluarkan cheese cake dr bonet keta..surprise la tu kononnya..padahal si DIna dah bocorkan rahsia dalam kereta sepanjang perjalanan kami tadi..hehe..mmg takleh bawa kalau nak beli hadiah lain kali ..kata en hubby..takleh keep secret..


cheese cake..happy birthday Mama


kami terus memilih menu sebelum memilih meja seperti ketam masak 3 rasa, udang -sebenarnya nak makan butter prawn tapi takde so tukar kepada udang masak pedas, ikan pari bakar dan tomyam ayam yang dimakan bersama nasi lemak. minum-jus tembikai, fresh epal dan teh o panas..

Desiran ombak pada malam itu begitu kuat..Suka dengar bunyi apabila ia membelah pantai...rindu betul aku untuk mendengarnya...di samping terdengar hon2 dari kapal2 yang berlabuh..suasananya sangat cantik..i like!!!!!!!Malam ni en hubby sangat sporting..dia yang memberi ruang untuk mengambil gambar..

this is for me...thanks sayang...
before makan...gambar dulu...the busy girl....susun lilin utk mama blow...
tiup cepat....angin laut..nanti padam...

ni aku la tengah potong kek..action jer pun...

The food even though fresh but it was terrible when come to the taste..aku rasa aku lagi terer masak kot..but layannn jer lah kan..org dah belanja..gambar tak sempat nak snap sebab Hana asyik buat hal..baru bangun tido mcm tu la...tengah makan..Dina pulak nak gi toilet..spoilt betul la..sbb aku ni memang ada pantang time makan..jangan pergi toilet dan jangan ajak aku teman..tapi dah ada anak...mcm tu lah..sbb aku akan terbayang segala macam kemungkinan yang ada dalam toilet2 public ni..huh...


ini ajer lah antara intipati makanan yang dah abis...presentation also very bad..hehe..jadi food critics lak..gara2 selalu tengok channel afc.

But aku suka suasana kat situ..ada nyanyian life..tapi apasal singer tu asyik nyanyi lagu sedih jer...hehe..tengah frust kot..and ini antara gambar2 yang dirakamkan..


Ini cicik ngan DIna-fotografer merangkap baby sitter of the day

dah selesai majlis...

satu family

sempat lagi tu...



the presents-coklat from cicik, flower from en hubby dan the mug from Dina

Mug from Dina-got wording inside the mug-so touching
You're there when i need yo, you forget your own worries. you're my refuge and rock, with you i feel secure. maybe i should tell you more often how much i appreciate you, but you're the one I love, a bitmore each day, but you bring warmthand joy in my life..
Thank you honey..for a very wonderful gift.


iklan jap...mug from Dina..hehe

ini pula kad ucapan or surat ucapan drpd Dina untuk mama..boleh la kan..catatan drpd anak kecil untuk ibu dia...aku dulu tak pernah bagi pun kat mak aku masa umur dia...


ini hadiah yang aku tunggu-tunggu..en hubby bagi sofa 1+1+2...thanks darling...

Itu ajer la catatan aku untuk kali ni..ni gambar aku..kasi lebih sikit kali ni..sbb jarang aku buat kemunculan..hehe..kiranya kemunculan khas sempena umur aku yang ke 31.saja nak tengok banyak mana dah kedutan yang timbul...boleh nanti aku suruh en hubby belikan aku krim anti kedut pulak..sebelum aku terlupa..terima kasih kepada semua yang wish aku terutama mak dan keluarga yang pagi2 dah wish..dan kawan2 aku dalam facebook..sangat happy sebab semua masih mengingati...

ok tak?dah 31 tahun...dah tua ker?tak lagi kot....

Sekian, catatan pada hari ini..jumpa lagi next session..

Monday, October 26, 2009

SEnsored!!!!!!!!!!!


gambar2 yang tidak dipublishkan dimana-mana.....cukup sensored!!!kikiki..cuma seronok tengok gelagat budak2 3 orang ni time mandi..semua berebut nak masuk dalam besen yang kecik tu....


usia hana dalam 2 bulan lagi ni...maksudnya batrisyia dah 8 bulan ler..beza dua2 org ni hanya 6 bulan ajer...

dina kat mana2 pun mesti pose baik punya kan sayang...

Sunday, October 25, 2009

Menginjak ke Usia 31...


Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku...dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.


Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu...Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.


Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah...namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.


Dalam usia begini...aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini...aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini...aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.


Ya Muhaimin...pimpinlah tangan hambaMu ini...pimpinlah hati hambaMu ini...pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus... sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku... bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.


Ya Al Hakiim...Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.


Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar... peliharalah akuagar terus berpegang teguh pada taliMu.


Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.

Amin Ya Rabbul Alamin.