Tuesday, December 21, 2010
8th Annivessary
Today is my 8th wedding annivessary.Memandangkan dah menyambutnya terlebih awal maka hari ni just wish my darling sahaja. Dia pun macam tu jugak. Nothing special..Our advance celebration kat PD ritu 04.12.2010..
Shhhhhhhhh...Mak datang-rumah kasi kemas.........
Dah lama mak tak jalan2 kat rumah anak kesayangan ni. Jadi hari ni anak menantu dan cucu semua dok tunggu2 maktok sampai..Semalam budak dua orang tu sibuk berkemas..Silap haribulan la gambaq depa tak sempat snap...Adeh..apa dah jadi???semua barang disumbatnya dalam wardrope.pagi ni bukak lemari..nampak 2 kotak besaq dalam tu...alahai hana dan dina ni...
Sunday, December 19, 2010
Pemergiannya ditangisi-31 August 2010
Hari yang akan diingati selalu. Ada apa dengan tarikh ini?MERDEKA?yup..itu memang tarikh kemerdekaan negara kita. Tapi tarikh ini jugak yang menyatukan kami sekeluarga. Sebabnya??Satu-satunya datuk yang masih tinggal, Allahyarham Haji Fadzil Bin Haji Ali telah kembali kerahmatullah pada tarikh keramat ini. Berulang alik setiap minggu dari Klang-Penang untuk melawat tokwan 2 minggu dan seminggu sebelum itu.Ya Allah cucurilah rahmat ke atas rohnya. Tempatkan lah dia bersama-sama orang yang beriman. Tokwan menderita sakit kanser usus tahap 3. Tapi sebulan sebelum pemergiannya baru dapat tahu. Tahap kesihatan dan umur beliau tidak membolehkan beliau menjalani pembedahan. Tapi sebenarnya aku dapat merasakan bahawa umur beliau memang tidak panjang.Sebabnya:1.Beliau beriya2 sangat nak mengikuti rombongan pengantin ke Kuantan bulan March 2010 lepas. Berulang kali dia bertanyakan perkara tersebut kepada mak.2.Beliau siap membuat salinan kad pengenalan dan surat mati arwah tok, kad pengenalan beliau sendiri untuk setiap anak2 supaya sentiasa mengingati tarikh2 itu.Masa seminggu sebelum meninggal, kami melawat beliau di hospital. Aku sempat menyuapkan beliau air dan makan. Dan beliau bertanyakan aku sama ada nak balik Klang selepas ni..Arwah tetap menunaikan solat walaupun dalam keadaan sakit dan setiap saat sentiasa bertanyakan waktu solat di hospital.Pada hari kematiannya, ramai sungguh kenalan beliau yang hadir. Saat aku menatap wajahnya aku amati betul2 raut wajah itu buat kali yang terakhir. Kutahan air mata ini dari mengalir, namun akhirnya kalah jua..Laju betul air mata aku walau cuba ditahan2. Sebak betul terasa. Sampai Dina menyapaku.."Mama, orang dewasa tak boleh menangis".Selesai pengkebumian, bermulalah episod baru keluargaku..Sayang seribu kali sayang, didikan agama yang diberikan oleh arwah tidak bisa merobek naluri kebendaan makcik dan pakcik serta saudara maraku. Harta benda bisa membawa kehancuran dan keharmonian tali persaudaraan dan meretakkan hubungan kami. Kebanyakan mula membawa haluan sendiri, bermusuhan dan berangan2 hasil dari harta yang dicari oleh orang lain. Nauzubillah.
Happy Birthday Hana Amani
Last week si kecikku dah berumur 3 tahun..Kejap ja masa berlalu.Hingga saat ini, masih segar bugar ingatanku saat berada dalam labour room..sat ja dah 3 tahun berlalu. Mula-mula ingat taknak celebrate. Yelah bulan ni bukan main cair duit, poket asyik tiris ja.. Tapi memandangkan cik abang dah sound aku mendiskriminasikan anak....terpaksa lah aku merajin2kan diri menggoogle apa yang patut.Hari Khamis sebelum menjelangnya hari jadi adik, si kakak minta aku belikan barangan untuk si adik kononnya kesiankan adik kalau tak beli. Alih2 dia yang lebih muncung sebab tak dapat barang. Haish...penat wooo dengan si kakak ni.Malam 17/12/2010 tu pulak aku dah belikan small cake pada si princess (ingat takder celebration).Walaupun hari jadi adik..si kakak mana boleh ada kurangnya.Dua kek untuk adik, dua untuk kakak. Balik tu..sementara tunggu papa balik, tiup la lilin tu sampai pendek..Aku la menjadi tukang bakar lilin.18/12/2010 pulak, darling aku tu cakap nak buat majlis kecil-kecilan..kita tanya apa menu..sibuk jer dia main game...Hangin la satu badan. Ingatkan malas la nak campur kan...Biar lah nak buat apa pun. Tengahari tu dia cakap nak buat BBQ..abis balik tu sapa yang kena..Aku jugak...Tapi (konon2nya la kan...), ini majlis terakhir yang buat kat rumah aku..Manakan tidak..penat la sorang2 buat keja...Dari A sampai Z, aku kena uruskan..Nak masak nak apa tu macam ok jer..tapi preparation dan finishing tu yang tak tahan..Kalau ada assistant takpa la jugak.. So my darling...nanti kita buat majlis kat restoren ka kat hotel je lah ye...i dah tua la..penat!!!Gambar2 sekitar majlis..nanti lah upload..
B.O.R.I.N.G
Ishh..boring sgt hari ni..taktau nak wat apa..bukannya takdak keja..keja berlambak kot aku rasa..tapi malas. Bila la mood rajin ni nak sampai..blog pun dah lama berdebu..tak belai2..tak update...
Ohh malas..pergilah kau jauh dariku...............
Monday, November 15, 2010
Proud to be your Mum & Dad
HAri seawal jam 7.30 pagi dah keluar rumah. Semangat betul anak dara yang sorang ni. Maklumlah pertama kali nak naik atas pentas terima hadiah. Itu pun dapat no 2, kalau no 1 macam mana la agaknyer kan...Sebagai ibu bapa, doa dan tunjuk ajar selalu diberikan agar anak2 mendapat yang terbaik di dunia dan akhirat. Bukannya terlalu mendesak tetapi selalu jer aku cakap kat dia..jadilah yang terbaik.
Nak diikutkan cerita, si Dina ni agak melucukan jugak. Tapi pada masa yang sama, terguris hati juga dibuatnya. Lepas peperiksaan akhir baru2 ni, dia keluarkan 2 kertas exam...dua2 dapat 100. Alhamdulilah, siap aku kiss lagi pipi dia, hug dia macam selalu. Cakap, tahniah ye..mama bangga dengan Dina...Rupa2nya...ada satu lagi paper dalam beg dia tak tunjuk aku...tau kenapa?dia dapat 93 markah je. itu pun dia nak sorok...sampai pusing2 cerita ckp kawan dia dpt itu, kawan dia dpt ini..tapi bab dia tak sentuh pun..
Sebagai mak, tentulah aku bimbang..kenapa lah anak aku jadi mcm ni.Aku ni garang sangat ke?sampai takut dia nak tunjuk kertas exam..Risau dan trauma pulak aku...huhhuhuh...
Just To Update The Status
Lama dah tak post something dalam blog ni.Bukan tak rindu tapi kemalasan telah melanda diri..Huhuhu...So, apa yang menarik ye...memandangkan kamera telah dirosakkan oleh si princess kecik tu..jadi takder apa yang menarik lepas kejadian tu..tahap mengambil gambar dah merudum 100%..Sian kan..Janji cik abang nak belikan kamera pun sampai ke hari ni masih tak nampak bayang...Malang betul kan....huhuhu..mode sedih lagi ni...
Si Princess besar dah makin maju dalam pelajaran...walaupun tahap kehadiran ke sekolah agak merosot..alhamdulilah kali ni dalam peperiksaan akhir, dia berjaya mendapat no 2. Terfikir-fikir apa agaknya hadiah yang sesuai nak bagi pada dia untuk menaikkan semangat untuk terus rajin belajar. Pagi tadi sempat lagi bergosip dengan jiran tetangga, result UPSR tahun ni SKTSA, 67 orang dapat 5A.
Hmm..apalagi berita basi & terkini yang boleh dimuatkan dalam ni...Projek makan2 yang takder kesudahan di rumah dan di rumah in law..hmm...kalau berat badan tak naik juga tak tahulah kan..Kesibukan merancang kewangan peribadi sebelum menjelang tahun baru..oppss..itu aktiviti paling penting sepanjang bulan ini dan bulan depan...Adakah peruntukan untuk cuti2 Malaysia tahun ni.penting kan..tambahan anak2 dah besar..wajiblah meronda2 untuk meraikan kerja keras dan usaha untuk tahun ni..destinasi???check it out..
Got to go..See Ya!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)








