Showing posts with label En Hubby. Show all posts
Showing posts with label En Hubby. Show all posts

Tuesday, December 21, 2010

8th Annivessary

Today is my 8th wedding annivessary.Memandangkan dah menyambutnya terlebih awal maka hari ni just wish my darling sahaja. Dia pun macam tu jugak. Nothing special..Our advance celebration kat PD ritu 04.12.2010..

haiseh-time cuti2 Malaysia..time tu la jugak telefon bertalu-talu..but me..enjoy!!




our happy life & family


our precious princesses

Hana
Dina

Honeymooning Again@Legend International Water Home.

For my sweetheart Mr Sharul Piazal..I Love You Darling..Mmmuahhh!!

Monday, June 28, 2010

Doa Seorang Isteri...

Pagi-pagi ni..di tengah2 kekusutan fikiran...di tengah2 kesibukan melanda diri di pejabat...terbaca doa ni..sangat mendalam maknanya..so kita syer yer ramai2...(Cr to Mesra.net)


Ya Allah
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi
Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berilah aku petunjukkan kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati suaminya...

Monday, June 7, 2010

Jom kita imbas zaman kanak-kanak time belajar naik basikal...

basikal...Aku dulu dok kampung jadi takder masalah dan takder la mak abah aku sibuk2 ambil tahu time bila aku boleh bawak basikal..yang penting semua budak kampung harus tahu bawa basikal..ye tak?

Cuma ini sajer nak syer ngan semua macam mana si cilik aku belajar naik basikal dengan papaRul..Mula-mula ralat juga sebab aku tak ikut ke sesi latihan tu..mesti aku miss detik2 bersejarah tu...sebenarnya basikal yang princess aku ada tu dah lama..sampai berkarat rantai tu sebab tak naik..ye lah..kawasan depan rumah tu luasnya hanya sekangkang kera..nak pusing basikal pun tak best...si Dina berkali2 suruh papa bukakkan roda basikal tu..sebab malu kawan2 dok ejek dia...

Hari Sabtu lepas 5.6.2010 papaRul bawa pegi Taman Rakyat sementara aku tidurkan si Hana dan diriku sendiri...sib baik papaRul amik gambar tunjuk kat aku...

Apapun aku akui papaRul ni memang papa yang penyayang..taknak dia biarkan lutut puteri dia tu luka sikit..

walaupun basikal tak cukup canggih..perlindungan harus diberi keutamaan..hehe





OPPSS

ader lagi la
*








*










*


ini si kecik pulak..tapi ini takyah la ajar kan..sibuk jer dia bawa kawan-kawan dia naik basikal tak kira time...jap kecik..jap besar..jap kaler lain..ramai kawan2 yang nak follow dia gi shop...




Cuti Sekolah ni pergi mana?Nak gi muzium?mesti taknak kan?

Muzium?Mesti tak best kan?Saper lah nak pergi muzium sekarang ni ...Kalau orang2 besar tak nak pergi..budak2 apatah lagi..Tapi atas sedikit kesedaran..aku dan En Hubby bawa anak2 ke Muzium Sultan Abdul Aziz Shah di Klang 2 minggu lepas..

Bila sebut jer muzium..anak2 tak membantah..sebabnya mereka tak tahu pun apa makna muzium tu..Apa yang nak aku syer kat sini..Muzium tu sangat cantik..dalam muzium tu sejuk sangat..best2..tapi malangnya masa kami sampai tu..hanya ada sebuah kereta yang aku rasa itu mungkin kereta staff kat situ...tak ramai yang pergi melawat..Macam ada sedikit kekesalan di situ..

Pada firasat aku..muzium tu mungkin kurang promosi..sampaikan ada yang tak tahu kewujudannya...sepatutnya ada langkah2 yang diambil untuk menggalakkan orang melawat tempat tu...Apa2 pun kita layan jelah gambar2 kat bawah ni...ada yang menarik lagi tapi tak sempat snap sebab dah kena tegur ngan pengawal...hehe

Dalam muzium ni semua cerita mengenai Almarhum Sultan Abdul Aziz Shah..ayahanda kepada Sultan Selangor sekarang..bila lihat vcd yang mengandungi titah baginda..bagaimana baginda bercerita..ralit dibuatnya...Sultan yang berjiwa rakyat..sultan yang pernah makan dan tanam sendiri ubi kayu..terasa2 kita yang berada di zaman tu..




Perbara Diraja yg digunakan untuk majlis2 keagamaan

Di bahagian ini menceritakan sejarah kesultanan Melayu...
Peti muzik
teropong
papa tengah buat penerangan pada Dina


koleksi songket





gambar ni semua Dina yg snap..koleksi kamera almarhum..

Almarhum mmg minat fotografi







gambar ni haruslah ada kan....bergambar di luar muzium di tgh terik mentari..apa daa melawat muzium jam 12pm...





Wednesday, May 26, 2010

BIRDS CORNER.


ENtry pasal Zoo jer dah berlambak...saja aku splitkan supaya tak la panjang berjela entry2 aku tu..dan lebih fokus..kalau tidak boring jugak kan...jenuh pulak nak scroll

Walaupun pada hari tersebut kami menaiki tramp tapi bila nak tengok binatang2 kat situ dengan lebih dekat..terpaksa lah turun dan berjalan dari satu tempat ke satu tempat..Salah satu tempatnyer kat sini...


adik aku = CICIK
takut yer sayang?
wah..ni mmg candid ni....boleh buat iklan gigi...
Si merah...
patutla tak ramai kat si merah ni...garang..sib baik tak dipatuknyer si kakak...