Sunday, December 19, 2010

Pemergiannya ditangisi-31 August 2010

Hari yang akan diingati selalu. Ada apa dengan tarikh ini?MERDEKA?yup..itu memang tarikh kemerdekaan negara kita. Tapi tarikh ini jugak yang menyatukan kami sekeluarga. Sebabnya??
Satu-satunya datuk yang masih tinggal, Allahyarham Haji Fadzil Bin Haji Ali telah kembali kerahmatullah pada tarikh keramat ini. Berulang alik setiap minggu dari Klang-Penang untuk melawat tokwan 2 minggu dan seminggu sebelum itu.

Ya Allah cucurilah rahmat ke atas rohnya. Tempatkan lah dia bersama-sama orang yang beriman. Tokwan menderita sakit kanser usus tahap 3. Tapi sebulan sebelum pemergiannya baru dapat tahu. Tahap kesihatan dan umur beliau tidak membolehkan beliau menjalani pembedahan. Tapi sebenarnya aku dapat merasakan bahawa umur beliau memang tidak panjang.

Sebabnya:
1.Beliau beriya2 sangat nak mengikuti rombongan pengantin ke Kuantan bulan March 2010 lepas. Berulang kali dia bertanyakan perkara tersebut kepada mak.

2.Beliau siap membuat salinan kad pengenalan dan surat mati arwah tok, kad pengenalan beliau sendiri untuk setiap anak2 supaya sentiasa mengingati tarikh2 itu.

Masa seminggu sebelum meninggal, kami melawat beliau di hospital. Aku sempat menyuapkan beliau air dan makan. Dan beliau bertanyakan aku sama ada nak balik Klang selepas ni..Arwah tetap menunaikan solat walaupun dalam keadaan sakit dan setiap saat sentiasa bertanyakan waktu solat di hospital.

Pada hari kematiannya, ramai sungguh kenalan beliau yang hadir. Saat aku menatap wajahnya aku amati betul2 raut wajah itu buat kali yang terakhir. Kutahan air mata ini dari mengalir, namun akhirnya kalah jua..Laju betul air mata aku walau cuba ditahan2. Sebak betul terasa. Sampai Dina menyapaku.."Mama, orang dewasa tak boleh menangis".

Selesai pengkebumian, bermulalah episod baru keluargaku..Sayang seribu kali sayang, didikan agama yang diberikan oleh arwah tidak bisa merobek naluri kebendaan makcik dan pakcik serta saudara maraku. Harta benda bisa membawa kehancuran dan keharmonian tali persaudaraan dan meretakkan hubungan kami. Kebanyakan mula membawa haluan sendiri, bermusuhan dan berangan2 hasil dari harta yang dicari oleh orang lain. Nauzubillah.

No comments: