Last week si kecikku dah berumur 3 tahun..Kejap ja masa berlalu.Hingga saat ini, masih segar bugar ingatanku saat berada dalam labour room..sat ja dah 3 tahun berlalu. Mula-mula ingat taknak celebrate. Yelah bulan ni bukan main cair duit, poket asyik tiris ja.. Tapi memandangkan cik abang dah sound aku mendiskriminasikan anak....terpaksa lah aku merajin2kan diri menggoogle apa yang patut.Hari Khamis sebelum menjelangnya hari jadi adik, si kakak minta aku belikan barangan untuk si adik kononnya kesiankan adik kalau tak beli. Alih2 dia yang lebih muncung sebab tak dapat barang. Haish...penat wooo dengan si kakak ni.Malam 17/12/2010 tu pulak aku dah belikan small cake pada si princess (ingat takder celebration).Walaupun hari jadi adik..si kakak mana boleh ada kurangnya.Dua kek untuk adik, dua untuk kakak. Balik tu..sementara tunggu papa balik, tiup la lilin tu sampai pendek..Aku la menjadi tukang bakar lilin.18/12/2010 pulak, darling aku tu cakap nak buat majlis kecil-kecilan..kita tanya apa menu..sibuk jer dia main game...Hangin la satu badan. Ingatkan malas la nak campur kan...Biar lah nak buat apa pun. Tengahari tu dia cakap nak buat BBQ..abis balik tu sapa yang kena..Aku jugak...Tapi (konon2nya la kan...), ini majlis terakhir yang buat kat rumah aku..Manakan tidak..penat la sorang2 buat keja...Dari A sampai Z, aku kena uruskan..Nak masak nak apa tu macam ok jer..tapi preparation dan finishing tu yang tak tahan..Kalau ada assistant takpa la jugak.. So my darling...nanti kita buat majlis kat restoren ka kat hotel je lah ye...i dah tua la..penat!!!Gambar2 sekitar majlis..nanti lah upload..
Sunday, December 19, 2010
Happy Birthday Hana Amani
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment