Tuesday, December 28, 2010

School Time!!!!!!!

Jap jer masa berlalu...time sibuk bagi ibu2 dan bapa2 yang anak dah masuk sekolah.. Macam tu jugaklah aku sekeluarga sibuk bershopping last minute.

So, DONE shopping for my eldest.
  • 5 pasang baju sekolah,
  • 1 beg sekolah dan
  • 5 pasang kasut sekolah
Itu lah..anak baru sekolah sorang tapi shopping mcm 2 3 org anak.. Bagi aku dan suami yang menghantar anak ke rumah in law...hari isnin tu merupakan hari yang paling bz untuk sessi angkut mengangkut...Kadang2 terpaksa patah balik, ambil dan hantar baju dan kasut sekolah semula disebabkan penyakit "LUPA".Tertinggal itu dan ini..

Jadi harap kejadian seperti tahun lepas tidak berulang....

G.E.D.I.K

Hana : Gedik!!!berjalan laju menonong ngan beg tarik sambil muncung mulut....

Aku : Gedik!!!OMG terdiam aku seketika...Terpinga-pinga buat seketika.Lalu aku memandang my eldest girl dan bertanya..What she said just now?Gedik!!!What?Gedik!!.

Sigh!!My youngest said Gedik!!Paham ker apa yang dia cuba cakap tu??Apsal lah perkataan tu boleh keluar...Punca tu sebab time nak pilih baju sekolah kakak...dia sibuk tarik beg sekolah...so aku cakap...jap..mama pilihkan baju kakak dulu....


Monday, December 27, 2010

A.N.A.K


Apa kisahnya hari ni dengan anak ye?Bukan pasal kawan nak beranak ke apa..tapi alkisahnya ngan my eldest tiba2 bercerita dan berpok pek pok pek hari ni..

Dina : Mama, nanti Dina tak nak kawin lah...Lagipun DIna takder boyfriend lagi..

Aku : Hmm...baguslah takder boyfriend lagi, memang la tak patut pun Dina kalau ada boyfriend time ni..

Dina : Tapi kan ma..kalau nanti Dina ada anak...mama ngan papa jaga ye...

Aku : Ek?mana boleh...kenapa pulak mama dan papa kena jaga..Lagipun tadi Dina cakap Dina taknak kawin...

Mama : Alah..boleh la mama...kan mama boleh jaga Dina ngan Adik...

Ish...aku terdiam...aku tak paham ker...dia yang tak paham nih....




Tuesday, December 21, 2010

Toiletteries

This N3 special dedicated to my friend Ummi..Dia minta idea aku yang tak berapa bernas ni untuk wrap toiletteries bottle sebab nak bagi pada guest during her in law wedding. So seperti biasa aku menggunakan khidmat mr google untuk godek2 benda alah ni..Teringat aku time2 aku merap Melia masa adik aku nak kawin ritu..So ini antara gambaq2 yang konon2nya aku berkenan..Tapi tentang budget tu aku letak belakang la..Harap2 ada yang Ummi suka..Kalau tak..aku cari lagi nanti..
hai..mcm byk ja benda nak kena sumbat dlm kotak ni...
best ni...botol kosong..beli sticker byk2..tampal..or order print out yang tulis nama pengantin..lekat!!
ni pun cantik..tapi mcm harga kotak tu plak yang mahal..

simple
comey nih...
cost..cost..cost..
lawa kan..
yang ni suka tak?
biasa jer...

ni buat hantaran terus lah...

8th Annivessary

Today is my 8th wedding annivessary.Memandangkan dah menyambutnya terlebih awal maka hari ni just wish my darling sahaja. Dia pun macam tu jugak. Nothing special..Our advance celebration kat PD ritu 04.12.2010..

haiseh-time cuti2 Malaysia..time tu la jugak telefon bertalu-talu..but me..enjoy!!




our happy life & family


our precious princesses

Hana
Dina

Honeymooning Again@Legend International Water Home.

For my sweetheart Mr Sharul Piazal..I Love You Darling..Mmmuahhh!!

Shhhhhhhhh...Mak datang-rumah kasi kemas.........

Dah lama mak tak jalan2 kat rumah anak kesayangan ni. Jadi hari ni anak menantu dan cucu semua dok tunggu2 maktok sampai..Semalam budak dua orang tu sibuk berkemas..Silap haribulan la gambaq depa tak sempat snap...

Adeh..apa dah jadi???semua barang disumbatnya dalam wardrope.pagi ni bukak lemari..nampak 2 kotak besaq dalam tu...alahai hana dan dina ni...

Sunday, December 19, 2010

Pemergiannya ditangisi-31 August 2010

Hari yang akan diingati selalu. Ada apa dengan tarikh ini?MERDEKA?yup..itu memang tarikh kemerdekaan negara kita. Tapi tarikh ini jugak yang menyatukan kami sekeluarga. Sebabnya??
Satu-satunya datuk yang masih tinggal, Allahyarham Haji Fadzil Bin Haji Ali telah kembali kerahmatullah pada tarikh keramat ini. Berulang alik setiap minggu dari Klang-Penang untuk melawat tokwan 2 minggu dan seminggu sebelum itu.

Ya Allah cucurilah rahmat ke atas rohnya. Tempatkan lah dia bersama-sama orang yang beriman. Tokwan menderita sakit kanser usus tahap 3. Tapi sebulan sebelum pemergiannya baru dapat tahu. Tahap kesihatan dan umur beliau tidak membolehkan beliau menjalani pembedahan. Tapi sebenarnya aku dapat merasakan bahawa umur beliau memang tidak panjang.

Sebabnya:
1.Beliau beriya2 sangat nak mengikuti rombongan pengantin ke Kuantan bulan March 2010 lepas. Berulang kali dia bertanyakan perkara tersebut kepada mak.

2.Beliau siap membuat salinan kad pengenalan dan surat mati arwah tok, kad pengenalan beliau sendiri untuk setiap anak2 supaya sentiasa mengingati tarikh2 itu.

Masa seminggu sebelum meninggal, kami melawat beliau di hospital. Aku sempat menyuapkan beliau air dan makan. Dan beliau bertanyakan aku sama ada nak balik Klang selepas ni..Arwah tetap menunaikan solat walaupun dalam keadaan sakit dan setiap saat sentiasa bertanyakan waktu solat di hospital.

Pada hari kematiannya, ramai sungguh kenalan beliau yang hadir. Saat aku menatap wajahnya aku amati betul2 raut wajah itu buat kali yang terakhir. Kutahan air mata ini dari mengalir, namun akhirnya kalah jua..Laju betul air mata aku walau cuba ditahan2. Sebak betul terasa. Sampai Dina menyapaku.."Mama, orang dewasa tak boleh menangis".

Selesai pengkebumian, bermulalah episod baru keluargaku..Sayang seribu kali sayang, didikan agama yang diberikan oleh arwah tidak bisa merobek naluri kebendaan makcik dan pakcik serta saudara maraku. Harta benda bisa membawa kehancuran dan keharmonian tali persaudaraan dan meretakkan hubungan kami. Kebanyakan mula membawa haluan sendiri, bermusuhan dan berangan2 hasil dari harta yang dicari oleh orang lain. Nauzubillah.

Happy Birthday Hana Amani

Last week si kecikku dah berumur 3 tahun..Kejap ja masa berlalu.Hingga saat ini, masih segar bugar ingatanku saat berada dalam labour room..sat ja dah 3 tahun berlalu. Mula-mula ingat taknak celebrate. Yelah bulan ni bukan main cair duit, poket asyik tiris ja.. Tapi memandangkan cik abang dah sound aku mendiskriminasikan anak....terpaksa lah aku merajin2kan diri menggoogle apa yang patut.

Hari Khamis sebelum menjelangnya hari jadi adik, si kakak minta aku belikan barangan untuk si adik kononnya kesiankan adik kalau tak beli. Alih2 dia yang lebih muncung sebab tak dapat barang. Haish...penat wooo dengan si kakak ni.

Malam 17/12/2010 tu pulak aku dah belikan small cake pada si princess (ingat takder celebration).Walaupun hari jadi adik..si kakak mana boleh ada kurangnya.Dua kek untuk adik, dua untuk kakak. Balik tu..sementara tunggu papa balik, tiup la lilin tu sampai pendek..Aku la menjadi tukang bakar lilin.

18/12/2010 pulak, darling aku tu cakap nak buat majlis kecil-kecilan..kita tanya apa menu..sibuk jer dia main game...Hangin la satu badan. Ingatkan malas la nak campur kan...Biar lah nak buat apa pun. Tengahari tu dia cakap nak buat BBQ..abis balik tu sapa yang kena..Aku jugak...Tapi (konon2nya la kan...), ini majlis terakhir yang buat kat rumah aku..Manakan tidak..penat la sorang2 buat keja...Dari A sampai Z, aku kena uruskan..Nak masak nak apa tu macam ok jer..tapi preparation dan finishing tu yang tak tahan..Kalau ada assistant takpa la jugak.. So my darling...nanti kita buat majlis kat restoren ka kat hotel je lah ye...i dah tua la..penat!!!

Gambar2 sekitar majlis..nanti lah upload..


B.O.R.I.N.G

Ishh..boring sgt hari ni..taktau nak wat apa..bukannya takdak keja..keja berlambak kot aku rasa..tapi malas. Bila la mood rajin ni nak sampai..blog pun dah lama berdebu..tak belai2..tak update...

Ohh malas..pergilah kau jauh dariku...............