Tuesday, December 28, 2010

School Time!!!!!!!

Jap jer masa berlalu...time sibuk bagi ibu2 dan bapa2 yang anak dah masuk sekolah.. Macam tu jugaklah aku sekeluarga sibuk bershopping last minute.

So, DONE shopping for my eldest.
  • 5 pasang baju sekolah,
  • 1 beg sekolah dan
  • 5 pasang kasut sekolah
Itu lah..anak baru sekolah sorang tapi shopping mcm 2 3 org anak.. Bagi aku dan suami yang menghantar anak ke rumah in law...hari isnin tu merupakan hari yang paling bz untuk sessi angkut mengangkut...Kadang2 terpaksa patah balik, ambil dan hantar baju dan kasut sekolah semula disebabkan penyakit "LUPA".Tertinggal itu dan ini..

Jadi harap kejadian seperti tahun lepas tidak berulang....

G.E.D.I.K

Hana : Gedik!!!berjalan laju menonong ngan beg tarik sambil muncung mulut....

Aku : Gedik!!!OMG terdiam aku seketika...Terpinga-pinga buat seketika.Lalu aku memandang my eldest girl dan bertanya..What she said just now?Gedik!!!What?Gedik!!.

Sigh!!My youngest said Gedik!!Paham ker apa yang dia cuba cakap tu??Apsal lah perkataan tu boleh keluar...Punca tu sebab time nak pilih baju sekolah kakak...dia sibuk tarik beg sekolah...so aku cakap...jap..mama pilihkan baju kakak dulu....


Monday, December 27, 2010

A.N.A.K


Apa kisahnya hari ni dengan anak ye?Bukan pasal kawan nak beranak ke apa..tapi alkisahnya ngan my eldest tiba2 bercerita dan berpok pek pok pek hari ni..

Dina : Mama, nanti Dina tak nak kawin lah...Lagipun DIna takder boyfriend lagi..

Aku : Hmm...baguslah takder boyfriend lagi, memang la tak patut pun Dina kalau ada boyfriend time ni..

Dina : Tapi kan ma..kalau nanti Dina ada anak...mama ngan papa jaga ye...

Aku : Ek?mana boleh...kenapa pulak mama dan papa kena jaga..Lagipun tadi Dina cakap Dina taknak kawin...

Mama : Alah..boleh la mama...kan mama boleh jaga Dina ngan Adik...

Ish...aku terdiam...aku tak paham ker...dia yang tak paham nih....




Tuesday, December 21, 2010

Toiletteries

This N3 special dedicated to my friend Ummi..Dia minta idea aku yang tak berapa bernas ni untuk wrap toiletteries bottle sebab nak bagi pada guest during her in law wedding. So seperti biasa aku menggunakan khidmat mr google untuk godek2 benda alah ni..Teringat aku time2 aku merap Melia masa adik aku nak kawin ritu..So ini antara gambaq2 yang konon2nya aku berkenan..Tapi tentang budget tu aku letak belakang la..Harap2 ada yang Ummi suka..Kalau tak..aku cari lagi nanti..
hai..mcm byk ja benda nak kena sumbat dlm kotak ni...
best ni...botol kosong..beli sticker byk2..tampal..or order print out yang tulis nama pengantin..lekat!!
ni pun cantik..tapi mcm harga kotak tu plak yang mahal..

simple
comey nih...
cost..cost..cost..
lawa kan..
yang ni suka tak?
biasa jer...

ni buat hantaran terus lah...

8th Annivessary

Today is my 8th wedding annivessary.Memandangkan dah menyambutnya terlebih awal maka hari ni just wish my darling sahaja. Dia pun macam tu jugak. Nothing special..Our advance celebration kat PD ritu 04.12.2010..

haiseh-time cuti2 Malaysia..time tu la jugak telefon bertalu-talu..but me..enjoy!!




our happy life & family


our precious princesses

Hana
Dina

Honeymooning Again@Legend International Water Home.

For my sweetheart Mr Sharul Piazal..I Love You Darling..Mmmuahhh!!

Shhhhhhhhh...Mak datang-rumah kasi kemas.........

Dah lama mak tak jalan2 kat rumah anak kesayangan ni. Jadi hari ni anak menantu dan cucu semua dok tunggu2 maktok sampai..Semalam budak dua orang tu sibuk berkemas..Silap haribulan la gambaq depa tak sempat snap...

Adeh..apa dah jadi???semua barang disumbatnya dalam wardrope.pagi ni bukak lemari..nampak 2 kotak besaq dalam tu...alahai hana dan dina ni...

Sunday, December 19, 2010

Pemergiannya ditangisi-31 August 2010

Hari yang akan diingati selalu. Ada apa dengan tarikh ini?MERDEKA?yup..itu memang tarikh kemerdekaan negara kita. Tapi tarikh ini jugak yang menyatukan kami sekeluarga. Sebabnya??
Satu-satunya datuk yang masih tinggal, Allahyarham Haji Fadzil Bin Haji Ali telah kembali kerahmatullah pada tarikh keramat ini. Berulang alik setiap minggu dari Klang-Penang untuk melawat tokwan 2 minggu dan seminggu sebelum itu.

Ya Allah cucurilah rahmat ke atas rohnya. Tempatkan lah dia bersama-sama orang yang beriman. Tokwan menderita sakit kanser usus tahap 3. Tapi sebulan sebelum pemergiannya baru dapat tahu. Tahap kesihatan dan umur beliau tidak membolehkan beliau menjalani pembedahan. Tapi sebenarnya aku dapat merasakan bahawa umur beliau memang tidak panjang.

Sebabnya:
1.Beliau beriya2 sangat nak mengikuti rombongan pengantin ke Kuantan bulan March 2010 lepas. Berulang kali dia bertanyakan perkara tersebut kepada mak.

2.Beliau siap membuat salinan kad pengenalan dan surat mati arwah tok, kad pengenalan beliau sendiri untuk setiap anak2 supaya sentiasa mengingati tarikh2 itu.

Masa seminggu sebelum meninggal, kami melawat beliau di hospital. Aku sempat menyuapkan beliau air dan makan. Dan beliau bertanyakan aku sama ada nak balik Klang selepas ni..Arwah tetap menunaikan solat walaupun dalam keadaan sakit dan setiap saat sentiasa bertanyakan waktu solat di hospital.

Pada hari kematiannya, ramai sungguh kenalan beliau yang hadir. Saat aku menatap wajahnya aku amati betul2 raut wajah itu buat kali yang terakhir. Kutahan air mata ini dari mengalir, namun akhirnya kalah jua..Laju betul air mata aku walau cuba ditahan2. Sebak betul terasa. Sampai Dina menyapaku.."Mama, orang dewasa tak boleh menangis".

Selesai pengkebumian, bermulalah episod baru keluargaku..Sayang seribu kali sayang, didikan agama yang diberikan oleh arwah tidak bisa merobek naluri kebendaan makcik dan pakcik serta saudara maraku. Harta benda bisa membawa kehancuran dan keharmonian tali persaudaraan dan meretakkan hubungan kami. Kebanyakan mula membawa haluan sendiri, bermusuhan dan berangan2 hasil dari harta yang dicari oleh orang lain. Nauzubillah.

Happy Birthday Hana Amani

Last week si kecikku dah berumur 3 tahun..Kejap ja masa berlalu.Hingga saat ini, masih segar bugar ingatanku saat berada dalam labour room..sat ja dah 3 tahun berlalu. Mula-mula ingat taknak celebrate. Yelah bulan ni bukan main cair duit, poket asyik tiris ja.. Tapi memandangkan cik abang dah sound aku mendiskriminasikan anak....terpaksa lah aku merajin2kan diri menggoogle apa yang patut.

Hari Khamis sebelum menjelangnya hari jadi adik, si kakak minta aku belikan barangan untuk si adik kononnya kesiankan adik kalau tak beli. Alih2 dia yang lebih muncung sebab tak dapat barang. Haish...penat wooo dengan si kakak ni.

Malam 17/12/2010 tu pulak aku dah belikan small cake pada si princess (ingat takder celebration).Walaupun hari jadi adik..si kakak mana boleh ada kurangnya.Dua kek untuk adik, dua untuk kakak. Balik tu..sementara tunggu papa balik, tiup la lilin tu sampai pendek..Aku la menjadi tukang bakar lilin.

18/12/2010 pulak, darling aku tu cakap nak buat majlis kecil-kecilan..kita tanya apa menu..sibuk jer dia main game...Hangin la satu badan. Ingatkan malas la nak campur kan...Biar lah nak buat apa pun. Tengahari tu dia cakap nak buat BBQ..abis balik tu sapa yang kena..Aku jugak...Tapi (konon2nya la kan...), ini majlis terakhir yang buat kat rumah aku..Manakan tidak..penat la sorang2 buat keja...Dari A sampai Z, aku kena uruskan..Nak masak nak apa tu macam ok jer..tapi preparation dan finishing tu yang tak tahan..Kalau ada assistant takpa la jugak.. So my darling...nanti kita buat majlis kat restoren ka kat hotel je lah ye...i dah tua la..penat!!!

Gambar2 sekitar majlis..nanti lah upload..


B.O.R.I.N.G

Ishh..boring sgt hari ni..taktau nak wat apa..bukannya takdak keja..keja berlambak kot aku rasa..tapi malas. Bila la mood rajin ni nak sampai..blog pun dah lama berdebu..tak belai2..tak update...

Ohh malas..pergilah kau jauh dariku...............

Monday, November 15, 2010

Proud to be your Mum & Dad

HAri seawal jam 7.30 pagi dah keluar rumah. Semangat betul anak dara yang sorang ni. Maklumlah pertama kali nak naik atas pentas terima hadiah. Itu pun dapat no 2, kalau no 1 macam mana la agaknyer kan...Sebagai ibu bapa, doa dan tunjuk ajar selalu diberikan agar anak2 mendapat yang terbaik di dunia dan akhirat. Bukannya terlalu mendesak tetapi selalu jer aku cakap kat dia..jadilah yang terbaik.

Nak diikutkan cerita, si Dina ni agak melucukan jugak. Tapi pada masa yang sama, terguris hati juga dibuatnya. Lepas peperiksaan akhir baru2 ni, dia keluarkan 2 kertas exam...dua2 dapat 100. Alhamdulilah, siap aku kiss lagi pipi dia, hug dia macam selalu. Cakap, tahniah ye..mama bangga dengan Dina...Rupa2nya...ada satu lagi paper dalam beg dia tak tunjuk aku...tau kenapa?dia dapat 93 markah je. itu pun dia nak sorok...sampai pusing2 cerita ckp kawan dia dpt itu, kawan dia dpt ini..tapi bab dia tak sentuh pun..

Sebagai mak, tentulah aku bimbang..kenapa lah anak aku jadi mcm ni.Aku ni garang sangat ke?sampai takut dia nak tunjuk kertas exam..Risau dan trauma pulak aku...huhhuhuh...


Just To Update The Status

Lama dah tak post something dalam blog ni.Bukan tak rindu tapi kemalasan telah melanda diri..Huhuhu...So, apa yang menarik ye...memandangkan kamera telah dirosakkan oleh si princess kecik tu..jadi takder apa yang menarik lepas kejadian tu..tahap mengambil gambar dah merudum 100%..Sian kan..Janji cik abang nak belikan kamera pun sampai ke hari ni masih tak nampak bayang...Malang betul kan....huhuhu..mode sedih lagi ni...

Si Princess besar dah makin maju dalam pelajaran...walaupun tahap kehadiran ke sekolah agak merosot..alhamdulilah kali ni dalam peperiksaan akhir, dia berjaya mendapat no 2. Terfikir-fikir apa agaknya hadiah yang sesuai nak bagi pada dia untuk menaikkan semangat untuk terus rajin belajar. Pagi tadi sempat lagi bergosip dengan jiran tetangga, result UPSR tahun ni SKTSA, 67 orang dapat 5A.

Hmm..apalagi berita basi & terkini yang boleh dimuatkan dalam ni...Projek makan2 yang takder kesudahan di rumah dan di rumah in law..hmm...kalau berat badan tak naik juga tak tahulah kan..Kesibukan merancang kewangan peribadi sebelum menjelang tahun baru..oppss..itu aktiviti paling penting sepanjang bulan ini dan bulan depan...Adakah peruntukan untuk cuti2 Malaysia tahun ni.penting kan..tambahan anak2 dah besar..wajiblah meronda2 untuk meraikan kerja keras dan usaha untuk tahun ni..destinasi???check it out..

Got to go..See Ya!!!






Wednesday, July 21, 2010

Part II-Sunway Lagoon

Sambung lagi cerita ceriti di Sunway Lagoon..Apa yang dapat dikatakan kat sini...keterujaan untuk mencuba permainan kat situ dah tak sama time muda2 dulu...dah rasa gayat..dah rasa takut...kalau dulu redah ajer.....Dalam banyak-banyak permainan kat Amusement Park tu..hanya beberapa permainan sahaja yang kami naik...Maklumlah..bila dah ada anak2 kecil ni..faham2 la kan...mana boleh nak berlagak macam orang bujang lagi...



Sebelum naik..adik masih tersenyum..lama2 kepala pun dah tak nampak..asyik tunduk jer sbb takut...
kakak..sukanya dia...
oppss..mana gigi daa...
tak best langsung dok dlm ni...licin la...dah tu gayat!!!..

-Bersambung-

Tuesday, July 13, 2010

Fun Time@ Sunway Lagoon!!

Post basi lagi kali ni...cerita time cuti sekolah yang lepas...Demi ibu tercinta..Mr Sharul bawa ke Sunway Lagoon. ENtah di mana silapnya..plan semalam selepas ber steamboat..nak pergi 2 family hanya tinggal satu family sahaja..Bayangkan 2 buku roti panjang 3 orang jer nak makan..Sardin pulak aku dah prepare 2 tin besar untuk buat sandwich..tiba2 Mr Sharul cakap family MIL aku tak jadi ikut...terpaksalah kitaorang menghantar separuh sandwich tu ke sana..

Doa aku minta dipermudahkan perjalanan..Cheewah..padahal dekat jer pun perjalanan tu..Orang Penang pun dah sampai dulu...kan Melia kan?...Doa aku lagi moga2 tak hujan la hari tu..klu tidak rugi jerk...Dah lama sebenarnya tak ke Sunway Lagoon ni..seingat aku kali terakhir aku pergi tahun 1996 ..Masa tu aku tinggal kat Apartment Makmur bertentang dengan Sunway LAgoon sekarang ni..Masa tu jugak..apartment tu la antara yang tercantik..la ni buruk betul!!!Ingat lagi kegilaan kawan2 aku si Pokmai dan Intan..Hari2 ke situ..sempena promosi pembukaan masa tu..Bayar RM50 , hari2 boleh masuk selama tempoh 3 bulan ..Tapi time tu kan student lagi...mana la ada kemampuan...padahal time tu untuk sekali masuk charge RM32...la ni toksah cakap la..mahainyer...Itu baru entrance fee.. kalau makan, sewa pelampung..dah berapa kan?Tapi Mr Sharul cakap..mahai lagi kalau nak bawa kami pi Disneyland ..hehehe

Apa yang aku perhatikan management dulu dan sekarang dah lain...Dulu memang longgar ..sekarang makanan memang strictly takleh bawa masuk..tapi lepas gak sandwich kitaorang tu..walau pun ditekan2nyer bag...nak beli tiket kena tunjuk ic..klu tidak charge lain...anak aku yang kecik tu..ketinggian dia tu sikit lagi paras nak kena bayar..hehe..klu tidak bertambah2 la rm nya ...Hari yang pergi tu..bukan hari Sabtu ataupun Ahad...tapi ramainyer orang..cuti sekolah kot...Lega bila dah dapat masuk...Faham2 ler kan kalau budak2 nampak mainan..mmg la tak sabar langsung...

belum masuk dah injured...

Dah tak sabar2 nak naik kuda ni pun..



Dah semua naik..tinggal la mak kat luar tu tolong jaga beg....berdiri kat tepi dina pun jadi lah..sebab tadi dah kena wisel masa aku celapak naik atas kuda tu...hehe

-Bersambung-







Acara wajib Menyambut Tetamu

Maaf la sejak dua menjak sibuk jer..tak sempat nak jengah blog pun.bz ngan nak close account..bz ngan exam..Jadi ini adalah antara news tertunda la yer boleh syer ngan semua...

"Dah mak datang ni..takkan takder makan2 kat rumah?" Soal MIL.

"Ader...nnt kena tanya boss ..."(boss bz asyik balik lambat jer..)

So...menu yang senang dan menyihatkan ler menjadi pilihan.....rebus2!!!!


perhatikan kedudukan Dina.berbaju kuning.(abaikan minah gambar yg sibuk tunjuk peace tu..hahahaha).Ready

Steady-Dina dah start bangun dan mengambil makanan...

Go...

Yummy right?nikmatilah keenakan nya...sedap dimakan dengan kuah cili dan kuah tomyam..

cicik..go cicik go...





Monday, June 28, 2010

Doa Seorang Isteri...

Pagi-pagi ni..di tengah2 kekusutan fikiran...di tengah2 kesibukan melanda diri di pejabat...terbaca doa ni..sangat mendalam maknanya..so kita syer yer ramai2...(Cr to Mesra.net)


Ya Allah
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi
Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berilah aku petunjukkan kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati suaminya...

Sunday, June 27, 2010

Happy Birthday Ryan!!!

Thanks for your invitation, Madam Amelia...and Happy Birthday to Ryan too..Sorry la aunty tak bawak present untuk Ryan...Sebenarnya hajat aunty tu memang nak attend majlis Ryan tu..tapi its all depends on uncle Sharul..Tapi kan Ryan..nasib baik ibu Ryan tipon uncle Sharul..kalau tak, tak merasalah aunty makan KFC tau...hehe...Ryan memang comel..gebus mcm dalam gambar2 yang ibu Ryan post dalam blog ibu..

Actually yang boleh singgah kat Royale Bintang tu sebab kami baru balik dari kenduri..tak jauh pun dari Gombak tu..tapi aunty ni takut sikit nak ajak uncle...ye lah..kalau dah masam mencuka..mulut aunty ni pun kena tutup baik2 la kan...satgi kalau gunung berapi meletus..susah pulak..

So kepada mummy2 yang berhajat nak menjemput aku ke majlis korang..rojer2 la kat my husband..bukan apa..senang sikit cerita...takyah nak intro panjang2 nanti...muahahahahahha....Lagi satu..aku ni fail sikit bab jalan kat negeri Selangor ni...silap haribulan sesat memanjang...Kalau tahu jalan....senang jer aku merempit...tapi bila terpaksa bergantung kepada darling aku itu yang payah sikit....


suka juga dia kalau kena make up...
meriah...


semua benda si Ryan ni nak kutip...
kutip jer takper...tapi....ngap terus...
tah sapa punya kaler yg dia rembat tu...
comei la anak mama muncung camni...
mama..adik pulak...
mama..adik lagi..penat la aku asyik amik gambar depa ja...itu belum campur suruh amik gambar kaki tangan lagi tuh...

Ahli Baru LAgi...



Baru2 ni..ada kenduri di Gombak..pengantin tu dah kira pangkat pakcik walaupun umur muda lagi..Seingat aku..melalui cerita ceriti daripada "tokcik" aku tu..pakcik aku ni bercintan cintun dengan orang jauh2..sekejap dengan orang Brunei..sekejap dengan orang Vietnam..sekali yang jadi isterinya tu orang kampung sebelah dia ajer...apa nak buat..jodoh....kepada pengantin baru..selamat melayari bahtera rumahtangga dengan jayanya..Amin..



patutlah bunga manggar tu dah botak...

pasangan pengantin baru
our big family..
from right:my mum, maklang, kak sarah, makngan
depan tu la tuan rumah kenduri...tokcik aku..

Alahai..merajuk lagi...

Panas..panas..panas...hati tengah panas ni...penat2 susun kerusi saper pun taknak main....geramnya...agaknya itu lah ayat2 kalau boleh diterjemahkan bila tengok muka puteri yang satu ni..





Macam mana la orang nak main dengan dia...orang lain tengah sibuk main kereta..dia pulak nak main musical chair..adus...dah tu pulak ajak budak2 laki yang main..mana la depa nak main cheq oii...