Monday, June 21, 2010

Kota Cahaya yang bercahaya-cahaya

Masuk ni dah 2x aku berkunjung ke I-City, first day cuti sekolah..Dina dah buat perangai nak gi jalan..masa dia dok merengek2 nak ke Jusco tu dah jam 9 mlm...kang dah dok sekejap kat sana dah kena balik...so terus aku terlintas ke I-City..selalunya tengok dari tepi highway jer..kali ni singgah terus la kan...

Kali kedua pergi lepas ambil mak kat Airport..kepada sesiapa yang belum pergi tu..bawa lah keluarga berjalan-jalan..hanya kena parking RM1 jer pun..takpun RM10 untuk parking VIp(itu untuk sapa2 yang malas nak berjalan jauh).Lokasi dekat2 dengan UItm seksyen 7 tu..dari tepi highway dah nampak lampu-lampu ni..

Kawasan lampu-lampu ni terbahagi kepada 2 bahagian..satu tu untuk bahagian lampu-lampu sahaja dan bahagian kedua untuk gerai-gerai menjual lampu-lampu dan gerai2 makanan..Cuma siapkan duit lebih sikit sebab for sure anak-anak nak membeli belah..untuk mak2..ada jual tudung dan baju..gerai2 makanan pun not bad..best jugak makanan2 kat situ..

Cuma time nak amik gambar jer agak susah..biasa pakai auto jer..bila amik gambar blur..setting kot nu setting kot ni..last2 bateri kong pulak...hehe...dugaan...

Opps lupa..kami sampai dalam jam 10.30mlm..pusing-pusing tak sedar jam dah tunjukkan 1.30 pagi...3 jam jugak lepak kat situ...patut la parking masa sampai penuh..time balik tinggal 2 buah kereta ja...



















binatang-binatang yg belum pasang..
di walkway antara kawasan lampu2 ke kawasan gerai-gerai..
mak shopping tudung yang murah kat sini
apa la yang dia tengah makan tu...
adik yang non stop makan
usik-usik membawa gaduh...
char kuew teow satu...
tahun ketujuh masih kongsi makan..hehe
my sister & husb
adik tak abis2 dgn mainan baru
shopping time!!!
rambang mata ek?
ha...kaktus bukan ader kat cameron highland jer tau...




suka sungguh depa ni ngan bear
d







Diet yang supersihat!!

Dah lama tak update blog ni..sejak dua menjak ni banyak betul kerja kat opis..last week pulak ibu kesayangan tinggal seminggu di Klang..lagi la upacara penuh mengisi jadual harian.Sekali sekala mak datang..mesti la bagi special treatment kan?

Tapi apa yang nak story morry hari ni lebih berkisar kepada aktiviti pada 6 Jun lepas..kan ker cuti sempena buffday Agung..so kita pun party2 la sikit kat rumah..semuanya idea2 adik ipar aku yang asyik makan-makan-makan..Konon2nya buat party burger dan party maggi secara besar2an..sihat sungguh menu tu..hehe..Lepas makan burger..semua dah tersandar kekenyangan, mata pun dah tak larat nak angkat..so apa cer ngan projek maggi???

Projek tu mesti la berjalan jugak..cuma aku jer tak sempat snap..







Ini super Jumbo..sendiri bikin by adik ipar..so dah tentu dia yang punya...
Masig-masing sibuk cari habuan...


Monday, June 7, 2010

Jom kita imbas zaman kanak-kanak time belajar naik basikal...

basikal...Aku dulu dok kampung jadi takder masalah dan takder la mak abah aku sibuk2 ambil tahu time bila aku boleh bawak basikal..yang penting semua budak kampung harus tahu bawa basikal..ye tak?

Cuma ini sajer nak syer ngan semua macam mana si cilik aku belajar naik basikal dengan papaRul..Mula-mula ralat juga sebab aku tak ikut ke sesi latihan tu..mesti aku miss detik2 bersejarah tu...sebenarnya basikal yang princess aku ada tu dah lama..sampai berkarat rantai tu sebab tak naik..ye lah..kawasan depan rumah tu luasnya hanya sekangkang kera..nak pusing basikal pun tak best...si Dina berkali2 suruh papa bukakkan roda basikal tu..sebab malu kawan2 dok ejek dia...

Hari Sabtu lepas 5.6.2010 papaRul bawa pegi Taman Rakyat sementara aku tidurkan si Hana dan diriku sendiri...sib baik papaRul amik gambar tunjuk kat aku...

Apapun aku akui papaRul ni memang papa yang penyayang..taknak dia biarkan lutut puteri dia tu luka sikit..

walaupun basikal tak cukup canggih..perlindungan harus diberi keutamaan..hehe





OPPSS

ader lagi la
*








*










*


ini si kecik pulak..tapi ini takyah la ajar kan..sibuk jer dia bawa kawan-kawan dia naik basikal tak kira time...jap kecik..jap besar..jap kaler lain..ramai kawan2 yang nak follow dia gi shop...