Masuk ni dah 2x aku berkunjung ke I-City, first day cuti sekolah..Dina dah buat perangai nak gi jalan..masa dia dok merengek2 nak ke Jusco tu dah jam 9 mlm...kang dah dok sekejap kat sana dah kena balik...so terus aku terlintas ke I-City..selalunya tengok dari tepi highway jer..kali ni singgah terus la kan...Kali kedua pergi lepas ambil mak kat Airport..kepada sesiapa yang belum pergi tu..bawa lah keluarga berjalan-jalan..hanya kena parking RM1 jer pun..takpun RM10 untuk parking VIp(itu untuk sapa2 yang malas nak berjalan jauh).Lokasi dekat2 dengan UItm seksyen 7 tu..dari tepi highway dah nampak lampu-lampu ni..Kawasan lampu-lampu ni terbahagi kepada 2 bahagian..satu tu untuk bahagian lampu-lampu sahaja dan bahagian kedua untuk gerai-gerai menjual lampu-lampu dan gerai2 makanan..Cuma siapkan duit lebih sikit sebab for sure anak-anak nak membeli belah..untuk mak2..ada jual tudung dan baju..gerai2 makanan pun not bad..best jugak makanan2 kat situ..Cuma time nak amik gambar jer agak susah..biasa pakai auto jer..bila amik gambar blur..setting kot nu setting kot ni..last2 bateri kong pulak...hehe...dugaan...Opps lupa..kami sampai dalam jam 10.30mlm..pusing-pusing tak sedar jam dah tunjukkan 1.30 pagi...3 jam jugak lepak kat situ...patut la parking masa sampai penuh..time balik tinggal 2 buah kereta ja...
binatang-binatang yg belum pasang..
di walkway antara kawasan lampu2 ke kawasan gerai-gerai..
mak shopping tudung yang murah kat sini
apa la yang dia tengah makan tu...
adik yang non stop makan
usik-usik membawa gaduh...
char kuew teow satu...
tahun ketujuh masih kongsi makan..hehe
my sister & husb
adik tak abis2 dgn mainan baru
shopping time!!!
rambang mata ek?
ha...kaktus bukan ader kat cameron highland jer tau...
No comments:
Post a Comment