Monday, January 3, 2011

Nasi Ambang@Ambeng



Hehe...sapa yang tak tau apa itu nasi ambang@ambeng?Sila angkat tangan...Mesti ada yang tak tahu kan???mengaku je lah...Bagi aku yang berkahwin dengan orang2 Minang @ Jawa ni..wajib lah tahu ...walaupun tak pandai...Nak explain takut plak salah..Tapi ini berdasarkan pemerhatian aku sepanjang mengintip2 rahsia dan mengorek rahsia dari mak2 menakan dari sana..

Renyah jugak nak buat nasi ambang ni sebenarnya...Ada mee, mee kecik aka bihun, suun, lauk pauk, serunding, kacang, timun dll...bertingkat2 hidangannya...Kalau belah utara tu macam nasi talam la lebih kurang..Tapi kalau ikut logik akal tu...mana ada la orang makan mee ngan nasi kan...

Banyak tingkat nak susun lauk pauk ni tapi menarik tau...terbongkok-bongkok menceduk lauk nak habiskan 13 talam tu sbb nak belajaq punya pasai...

1.Nasiputih yang diletakkan dalam talam besaq...
2.Daun Pisang yang telah digunting bulat
3.Mee goreng-masak cam mee goreng tu tapi lainnya mula2 dia tumis ikan bilis dulu..
4.Bihun goreng-ini tak masuk cili kering cuma ganti kicap..bezanya tumis ikan bilis dan masukkan cili merah dan hijau yang dihirs memanjang
5.Suun goreng-Step sama cam bihun cuma tambah tauhu kering, kacang panjang dan kobis
6.Seunding kelapa-ini cara memasak aku tak tengok sebab dah siap-tapi apa yang diterangkan resepinya adalah campuran kunyit, jintan, ketumbar, kelapa, gula perang..goreng tanpa minyak
7.kacang goreng, timun
8.ikan kering bulu ayam yang digoreng cam cucuq pisang-bancuhan tepung tu ler..
9.ayam masak merah..

Satu talam tu kami makan dekat2 15 orang jugak lah..sebenarnya orang2 Jawa ni makan bukan makan sampai abis..Depa hanya jamah sikit jer..lain2 depa akan bungkus estimate 6 bungkus untuk satu talam tu...

Nie my darling suh belajaq...habuan nak memasak kat Klang dan Penang nanti...huh..letih ooo kalau nak masak sorang2 camni...hehe..

Tapi pengalaman tu yang takleh dijual beli..

No comments: