Monday, June 28, 2010

Doa Seorang Isteri...

Pagi-pagi ni..di tengah2 kekusutan fikiran...di tengah2 kesibukan melanda diri di pejabat...terbaca doa ni..sangat mendalam maknanya..so kita syer yer ramai2...(Cr to Mesra.net)


Ya Allah
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi
Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berilah aku petunjukkan kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati suaminya...

Sunday, June 27, 2010

Happy Birthday Ryan!!!

Thanks for your invitation, Madam Amelia...and Happy Birthday to Ryan too..Sorry la aunty tak bawak present untuk Ryan...Sebenarnya hajat aunty tu memang nak attend majlis Ryan tu..tapi its all depends on uncle Sharul..Tapi kan Ryan..nasib baik ibu Ryan tipon uncle Sharul..kalau tak, tak merasalah aunty makan KFC tau...hehe...Ryan memang comel..gebus mcm dalam gambar2 yang ibu Ryan post dalam blog ibu..

Actually yang boleh singgah kat Royale Bintang tu sebab kami baru balik dari kenduri..tak jauh pun dari Gombak tu..tapi aunty ni takut sikit nak ajak uncle...ye lah..kalau dah masam mencuka..mulut aunty ni pun kena tutup baik2 la kan...satgi kalau gunung berapi meletus..susah pulak..

So kepada mummy2 yang berhajat nak menjemput aku ke majlis korang..rojer2 la kat my husband..bukan apa..senang sikit cerita...takyah nak intro panjang2 nanti...muahahahahahha....Lagi satu..aku ni fail sikit bab jalan kat negeri Selangor ni...silap haribulan sesat memanjang...Kalau tahu jalan....senang jer aku merempit...tapi bila terpaksa bergantung kepada darling aku itu yang payah sikit....


suka juga dia kalau kena make up...
meriah...


semua benda si Ryan ni nak kutip...
kutip jer takper...tapi....ngap terus...
tah sapa punya kaler yg dia rembat tu...
comei la anak mama muncung camni...
mama..adik pulak...
mama..adik lagi..penat la aku asyik amik gambar depa ja...itu belum campur suruh amik gambar kaki tangan lagi tuh...

Ahli Baru LAgi...



Baru2 ni..ada kenduri di Gombak..pengantin tu dah kira pangkat pakcik walaupun umur muda lagi..Seingat aku..melalui cerita ceriti daripada "tokcik" aku tu..pakcik aku ni bercintan cintun dengan orang jauh2..sekejap dengan orang Brunei..sekejap dengan orang Vietnam..sekali yang jadi isterinya tu orang kampung sebelah dia ajer...apa nak buat..jodoh....kepada pengantin baru..selamat melayari bahtera rumahtangga dengan jayanya..Amin..



patutlah bunga manggar tu dah botak...

pasangan pengantin baru
our big family..
from right:my mum, maklang, kak sarah, makngan
depan tu la tuan rumah kenduri...tokcik aku..

Alahai..merajuk lagi...

Panas..panas..panas...hati tengah panas ni...penat2 susun kerusi saper pun taknak main....geramnya...agaknya itu lah ayat2 kalau boleh diterjemahkan bila tengok muka puteri yang satu ni..





Macam mana la orang nak main dengan dia...orang lain tengah sibuk main kereta..dia pulak nak main musical chair..adus...dah tu pulak ajak budak2 laki yang main..mana la depa nak main cheq oii...




Monday, June 21, 2010

Kota Cahaya yang bercahaya-cahaya

Masuk ni dah 2x aku berkunjung ke I-City, first day cuti sekolah..Dina dah buat perangai nak gi jalan..masa dia dok merengek2 nak ke Jusco tu dah jam 9 mlm...kang dah dok sekejap kat sana dah kena balik...so terus aku terlintas ke I-City..selalunya tengok dari tepi highway jer..kali ni singgah terus la kan...

Kali kedua pergi lepas ambil mak kat Airport..kepada sesiapa yang belum pergi tu..bawa lah keluarga berjalan-jalan..hanya kena parking RM1 jer pun..takpun RM10 untuk parking VIp(itu untuk sapa2 yang malas nak berjalan jauh).Lokasi dekat2 dengan UItm seksyen 7 tu..dari tepi highway dah nampak lampu-lampu ni..

Kawasan lampu-lampu ni terbahagi kepada 2 bahagian..satu tu untuk bahagian lampu-lampu sahaja dan bahagian kedua untuk gerai-gerai menjual lampu-lampu dan gerai2 makanan..Cuma siapkan duit lebih sikit sebab for sure anak-anak nak membeli belah..untuk mak2..ada jual tudung dan baju..gerai2 makanan pun not bad..best jugak makanan2 kat situ..

Cuma time nak amik gambar jer agak susah..biasa pakai auto jer..bila amik gambar blur..setting kot nu setting kot ni..last2 bateri kong pulak...hehe...dugaan...

Opps lupa..kami sampai dalam jam 10.30mlm..pusing-pusing tak sedar jam dah tunjukkan 1.30 pagi...3 jam jugak lepak kat situ...patut la parking masa sampai penuh..time balik tinggal 2 buah kereta ja...



















binatang-binatang yg belum pasang..
di walkway antara kawasan lampu2 ke kawasan gerai-gerai..
mak shopping tudung yang murah kat sini
apa la yang dia tengah makan tu...
adik yang non stop makan
usik-usik membawa gaduh...
char kuew teow satu...
tahun ketujuh masih kongsi makan..hehe
my sister & husb
adik tak abis2 dgn mainan baru
shopping time!!!
rambang mata ek?
ha...kaktus bukan ader kat cameron highland jer tau...




suka sungguh depa ni ngan bear
d