Friday, October 23, 2009

Faces of Nur Alyaa Irdina

Nur Alyaa Irdina binti Sharul Piazal dilahirkan pada 11 September 2003 di Pusat Pakar perubatan Bagan, pulau Pinang. Dengan berat 2.8kg semasa dilahirkan, alhamdulilah cukup sempurna kurniaan tuhan kepadaku. Seorang anak yang sangat comel dan kehadirannya sangat menggembirakan aku. Masa cukup pantas berlalu..aku sangat merindui keletah2nya semasa kecil...


Gambar yang diambil di Pacific untuk satu contest..tapi tak menang pun...

Ni pun gambar yang diambil di pacific..

Ini juga...

Dan ini...

Ini Dina masa kat Zoo negara

Ni pulak kat rumah maktok..

Bergaya dengan basikal baru...

oppsss...tak ready lagi....

Ni di rumah Neklang di KL

Ait..seluar pun tak sempat pakai...

Masa ni kenduri Mak Usu kat rumah makteh

Dah ready nak pi jalan-jalan...

Ni on the way ke Terengganu

Air liur meleleh lagi..masa ni kenduri makteh Ani di Kepala Batas

Pening ke dik...masalah banyak sangat ke?

HHaa...ni tengah main dengan patung2 dia...

Raya kat rumah makcik Kirah kat SPetani

Nak tunjuk gigi ler tu

Amoi naik troli nak shopping kat pacific

Adeh...adeh..beratnya bear ni...

Ha...yang ni pulak atas bumbung keta mama...

Ini sah berapa bulan baru..air liur pun taktau control

Tenangnya mama tengok muka DIna...

Ni pulak ngan buai baru...

Aper...nak naik buai jugak...?takleh la..ni papa beli untuk Dina...

Huarhhhh...takut takk?gambar ni Dina menang hadiah tau dalam majalah...

BESARnya paha..gigit kang baru tau....

Kat Port Dickson ngan mama dan papa-5 months old

Pose yang Dina suka..tunjuk gigi...

Ni gambar yang diambil ketika mama tengah packing baju nak balik beraya kat Klang

Ini kerja makngah ke maklang ni....

Gusi ajer....

Baru boleh duduk...

1..2...3...

dah berjaya...ye ye ye

tudung mama ni...

kat Terengganu dah....

demam..sian anak mama...

ni nak show off lagi la ni....mainan baru beli...

sejuknya air...

hehehe...dah syok dah...

comotnya baby nih...



masa ni open house kat rumah pak Lah...panas...

br balik dr shopping kolam mandi kat Tesco SP


Mainan baru saya...

My Beloved Mum



This is my beloved mum..cantik kan..masa ni umur 20 tahun ke 19 tahun...Sayang betul aku pada dia...seorang ibu yang begitu tabah membesarkan anak2 setelah kematian suami pada tahun 1997. Begitu bersusah payah dia membesarkan dan menyekolahkan kami..Dia patut berbangga dengan didikannya aku dan adik2ku dapat menjejakkan kaki ke universiti..cuma masih tinggal seorang lagi sebelum kami mencalonkannya untuk menjadi ibu Mithali..tapi dia tetap mithali di hati kami sekarang ini..

Aku kagum dengan dia yang belum ada pengganti walaupun selepas bertahun2 sepi tanpa seorang suami..Walaupun aku dan En Hubby adalah lulusan IPT tetapi kami sendiri tidak dapat menjamin anak2 akan turut mengikut jejak langkah kami berdua..pengorbanannya terlalu besar untuk kami membalasnya..Ya Allah peliharalah ibuku ini..rahmatilah dia sentiasa Ya Allah, berkatilah hidupnya Ya Allah...

Kepada ibuku..terima kasih mak...sayanggggggggggggg mak...

Thursday, October 22, 2009

Survey sofa baru

Tengahari smlm.pergi lunch dengan DIna dan Sharul di Foodcourt Mydin Subang..Ini lah first time aku masuk mydin Subang ni..lain la gambaran yang diberikan..selalunya bila dengar Mydin ja..dah terbau2 wangian dlm supermarket tu yang tak best..tp yang kat sini selain besar..dia jugak mcm supermarket lain la..kira dah best sket..ke sana sebab ada appointment ngan supplier aku kat situ..

So masuk opis balik pun dah lewat dalam kul 3.40pm...uih dah jadi mcm opis sendiri pulak...Dina ikut aku...bukan apa dia nak main tenet kat opis ler..Sempat jugak dia chatting ngan makngah dia..aku pulak sibuk mula nak menguruskan urusan perkahwinan adik aku si salmi..sibuk membuat pembahagian tugas dengan Sakinah berkenaan urusan2 katering dan sebagainya..

Sesampainya di rumah, masa tengah baring2 tu..tanya la cik abang kat sebelah..selepas tengok leaflet yang sampai kat umah-sofa yang cantik dan diskaun yang agak menarik..sambil berpandangan dan bergelak2..sebab memang kami mempunyai tahap "kekedekutan"yang paling tinggi...JOM..masing2 mengajak diri sendiri...setuju dengan keputusan bersama-sebab kalau bertangguh memang tak akan jadi punya.

So selepas sembahyang maghrib kami pun bertolak la ikut peta yang diberikan dalam leaflet tu.Jauh jugak la sampai ke Batu 10 Kapar..padahal berlambak2 kedai perabot kat area rumah ni.Dalam peta nampak dekat ja..

Sampai ja di Wescourt..kami pun turun dan bertanyakan sofa yang dimaksudkan...Aduh..punya la hampa..jauh beza dengan dalam gambar...dah la jauh datang..macam itu jer rupanya..So dengan penuh kehampaan...kami pun balik.Kesimpulannya kat sini..jangan percaya pada gambar dalam katalog yang menyemak jer dalam post box tu..musnah impianku untuk mengatur kedudukan sofa yang baru...

Tuesday, October 20, 2009

Bila aku tengah Busy...







Inilah aktiviti yang sempat aku rakamkan ketika jam mula menunjukkan 10 mlm...Masa ni papa dah berdehem suruh anak2 masuk tidur..padahal mata anak2 masih bulat masa tu..Masa ni lah adik Hana menyambar telefon aku yang tengah charge..mau papanya tak marah sebab keesokan harinya sampai time nak call aku..h.p dah takleh pakai...time kita nak pasang cadar baru..time tu lah nak lompat atas katil..time tu lah nak tengok tv..time tu la nak gaduh pun...huh..penat tul mengendalikan 2 anak dara ni..











hehe..bila merungut kat mak aku..dia kata mcm tu lah aku ngan adik aku kinah dulu...asyik gaduh ja...betul aku masih ingat sampai la ni..sebab jiran lama aku dulu pun ada sebut pasal tu...hahaha..jiran pun ingat inikan mak aku..
tapi bagi aku..takler marah sangat kat depa ni..sebab aku suka sangat tengok keletah depa time berebut barang..paling tidak bila aku dah tak larat nak tegur..aku sebut ja..papa..tengok hana ni..papa tengok dina ni..diam la sekejap...hehe..good idea kan..lepas la dr anak2 kata mama garang...

Santai2 tengok PAPADom


Sukanya DIna yer...


Naper la bear ni lambat sangat...

Kat Playground dalam Jusco

18.10.2009 yang lepas kami sekeluarga pergi tengok cerita PAPADOm kat Jusco Bukit Tinggi. Bagi aku jalan ceritanya sangat best ...komedi yang sangat touching..mcm tu la aku bayangkan Sharul menjaga Dina..kenapa bukan Hana?sbb...DIna is very close to her papa.PAPASharul..hehe..tak mustahil suatu hari nanti pun Sharul akan buat benda yang sama macam Saadom buat pada Mia..tapi harap2 Sharul tak la tukar kerjaya jadi tukang kebun pulak yer..

Sebelum tu kami singgah lunch kat Boston sebab tayangan bermula jam 4.10pm..Apa lagi steamboat la kegemaran suamiku..jap lagi aku upload gambar yang sempat aku rakamkan dalam kedai tu sblm aku stop sebab mata Sharul dah bulat pandang aku..geram agaknya aku asyik mengambil gambar saja..bukan dia tak tau kegilaan aku pada kamera...hehe..hint kot2 dpt kamera masa hari jadi aku ni..berdoa je la kan..tapi kalau murah2 pun aku taknak jugak..kalau nak bagi biar bagi yang terbaeeekkkkkkkkkkk...


Apa yang dibelek tu Dina..?problem takleh on yer sayang?

Adik dengan sticker Mickey yang diletakkan dalam mangkuk makanan..

Monday, October 19, 2009

Macam mana nak mula...

Hehe..bestnya ayat mula tu..memang la pun..aku sebenarnya memang taktau nak tulis apa dalam ni..tapi dalam fikiran aku hanya anak2 ja la...Suka nak share cerita pasal depa ni..Seronok pun ada bila tengok keletah anak2 ni sebenarnya...Kalau nak harapkan aku menulis diari..hangat2 taik ayam ja kot aku rasa..itu pun dapat la aku tulis dua tiga helai..pastu jadi buku kira2..conteng sana sini..paling tidak pun terperap ja dalam boot kereta..

Ini konon2 semangat sebab nampak Melia, Tanty dan Eda ada blog..tapi maybe depa ni pandai ayat2, aku ni paling nyampah karang mengarang ni...kalau jadi tukang edit ayat boleh la..pandai pulak aku kat situ...So dah boleh start la kot..ni pun dah dapat 2 perenggan ni kira okla kan...biar lambat orang kata konon2nya tapi ada la jugak..kot2 bila aku dah takdak nanti..anak2..dan asben aku boleh la baca coretan aku ni...uih...sedih la pulak...pasai pa la aku suka pikiaq lagu tu..

Tarikh2 peristiwa dalam ni..aku ikut tarikh sebenar la no..itu yang ada tahun 2004 dan tahun2 awal tu..nak tunjukkan perbezaan tahun la especially buffday anak2..takkan la sambut buffday 2 3x kali dalam setahun ye tak?yang mana tak ingat tu..aku masuk je la dalam tahun dan bulan ni..