Monday, November 15, 2010

Proud to be your Mum & Dad

HAri seawal jam 7.30 pagi dah keluar rumah. Semangat betul anak dara yang sorang ni. Maklumlah pertama kali nak naik atas pentas terima hadiah. Itu pun dapat no 2, kalau no 1 macam mana la agaknyer kan...Sebagai ibu bapa, doa dan tunjuk ajar selalu diberikan agar anak2 mendapat yang terbaik di dunia dan akhirat. Bukannya terlalu mendesak tetapi selalu jer aku cakap kat dia..jadilah yang terbaik.

Nak diikutkan cerita, si Dina ni agak melucukan jugak. Tapi pada masa yang sama, terguris hati juga dibuatnya. Lepas peperiksaan akhir baru2 ni, dia keluarkan 2 kertas exam...dua2 dapat 100. Alhamdulilah, siap aku kiss lagi pipi dia, hug dia macam selalu. Cakap, tahniah ye..mama bangga dengan Dina...Rupa2nya...ada satu lagi paper dalam beg dia tak tunjuk aku...tau kenapa?dia dapat 93 markah je. itu pun dia nak sorok...sampai pusing2 cerita ckp kawan dia dpt itu, kawan dia dpt ini..tapi bab dia tak sentuh pun..

Sebagai mak, tentulah aku bimbang..kenapa lah anak aku jadi mcm ni.Aku ni garang sangat ke?sampai takut dia nak tunjuk kertas exam..Risau dan trauma pulak aku...huhhuhuh...


Just To Update The Status

Lama dah tak post something dalam blog ni.Bukan tak rindu tapi kemalasan telah melanda diri..Huhuhu...So, apa yang menarik ye...memandangkan kamera telah dirosakkan oleh si princess kecik tu..jadi takder apa yang menarik lepas kejadian tu..tahap mengambil gambar dah merudum 100%..Sian kan..Janji cik abang nak belikan kamera pun sampai ke hari ni masih tak nampak bayang...Malang betul kan....huhuhu..mode sedih lagi ni...

Si Princess besar dah makin maju dalam pelajaran...walaupun tahap kehadiran ke sekolah agak merosot..alhamdulilah kali ni dalam peperiksaan akhir, dia berjaya mendapat no 2. Terfikir-fikir apa agaknya hadiah yang sesuai nak bagi pada dia untuk menaikkan semangat untuk terus rajin belajar. Pagi tadi sempat lagi bergosip dengan jiran tetangga, result UPSR tahun ni SKTSA, 67 orang dapat 5A.

Hmm..apalagi berita basi & terkini yang boleh dimuatkan dalam ni...Projek makan2 yang takder kesudahan di rumah dan di rumah in law..hmm...kalau berat badan tak naik juga tak tahulah kan..Kesibukan merancang kewangan peribadi sebelum menjelang tahun baru..oppss..itu aktiviti paling penting sepanjang bulan ini dan bulan depan...Adakah peruntukan untuk cuti2 Malaysia tahun ni.penting kan..tambahan anak2 dah besar..wajiblah meronda2 untuk meraikan kerja keras dan usaha untuk tahun ni..destinasi???check it out..

Got to go..See Ya!!!