Thursday, August 13, 2009

Selamat Hari Lahir Sayang

Hari yang ditunggu pun tiba..semalam dah bagi hadiah yang plannya nak bagi hari ni..tapi terpaksa diawalkan sebab rahsia dah bocor..Jadi hari ni hanya lah bawa pergi makan sahaja...tempat makan ni aku pun tak pernah masuk..tapi Sharul kata sedap steak dia..so layannnnnnnnn..


The Restaurant...@ Jusco Bukit Tinggi

papa mula menikmati hidangan

its mine...

adik..sedap...

apple jus-sedap sampai mcm tu sekali

watermelon jus

mango jus

dua mangkuk Dina order mushroom sup

adik makan dalam piring ajer...

kasih sayang seorang anak...

birhtday boy...hehe


seriusnya mendengar lagu ker?

masih baca manual...hehe..layannnnnnnnnnn

Wednesday, August 12, 2009

Menjelang Hari Lahir En Hubby

Hari Lahir suamiku yang ke 32 jatuh pada 13.8.2009. Berbulan2 lamanya aku memikirkan apa hadiah yang patut aku bagi padanya..dia dah hint awal2 kat aku..dia taknak baju, seluar dan kasut..
Aku punya style..aku akan bagi hadiah yang mengikut keperluan semasa dia..So apa yang aku boleh fikir sementara ni ialah handphone..sbb dia masih menggunakan handphone lama..model aku pun tak ingat..tapi Nokia la...puas diperli oleh sedara dan kawan2 pasal handphone dia ni..hmm kalau ikutkan Sharul..sampai dah betul2 takleh pakai baru la akan dibelinya..itupun selagi boleh repair dia akan repair.

So sejak berbulan2 berfikir..tolak pi tolak mai..aku pun belikan dia Nokia N86..fuh..berpeluh jugak la..tiris poket aku...harga yang aku ingat masa tu RM1880 kot...si salesmen tu siap pujuk aku beli aksesori itu ini..aku kata..nanti dia pi beli sendiri la kalau dia nak..aku bagi yang basic udahler...aku dah tengok function dia..siap buat comparison lagi ngan W995 dan N97..kalau ikut function kamera N86 dan W995 8mp kamera..so aku leh tumpang kamera tu sekali..hehehe..aku kan hantu kamera..kalau suka main game N86 la jawabnya..tapi kalau ikut cantik aku suka N97, tapi 5Mp kamera..so reject lah...W995 tu pulak aku reject sebab salesman tu mcm taktau jual..hahahaha

so bermulalah ceritanya..tengahari pada 12.8.2009 tu lepas aku ambil Dina, terus aku singgah Jusco..niat di hati nak la kongsi keseronokan membeli hadiah tu dengan dia..lepas beli handphone kami pun ke kedai Crocs sebab Sharul pun ada bersungut selipar dia dah hilang bunga..so aku beli la satu selipar dengan harga RM169 kalau tak salah aku...dia selalu pakai saiz 11 tapi nampak macam besar la saiz tu..so aku pun beli la saiz 10..

Lepas habis kerja terus aku balik rumah. dan cepat2 aku sorokkan hadiah tu bawah katil adik aku...konon2nya mcm tak beli apa2 hadiah..Malamnya hantar Dina pergi Kumon..dan aku lepak di kedai makteh..cukup sejam..sharul pun pergi la mengambil Dina.Alkisahnya...Dina telah pun bocorkan rahsia pada papanya.Ishh..geram pun ada...

So..terpaksalah aku memberi hadiah awal dalam jam 10...sebab anak2 dah nak tido...

Saturday, August 8, 2009

Floria Fest kat Putrajaya

Flora-memang menarik kalau diperkatakan mengenai flora ni..Aku pulak sangat teruja dengan bunga2an..bau-bauannya sudah cukup membuatkan aku terleka sebentar..Tenang betul kalau dapat menghidunya..So suatu hari tu suamiku mengajak kami ke Floria Fest..ait pelik benar bunyinya..bukan menidakkan keinginan nak ke sana tetapi pelik sebab amat jarang dia nak mengajak aku ke tempat2 yang agak jauh dari Klang ni..

jahat jugak fikiranku..ye lah..mesti mama dia yang bersuara ni..nak gembirakan hati mama agaknya...hehe..bertolak lepas makan tengahari seumpama mengundang untuk berjemur di terik panas mentari...sampaikan susah kamerawoman ni nak menjalankan tugas...so inilah sorotan peristiwa2 dalam sehari sepanjang di Putrajaya hari tu...

Alamak...problem pulak nak upload gambar..next time yer...

Saturday, February 28, 2009

Aquaria KLCC

s
a

p

aku-masih membelek kamera....aaahhhh..geramnya..
l
dina dan hana lepas abis tengok ikan...dah berselipar ajer...

i
ni ikan paus kot...atas lalu atas kepala masa ni


ikan yang sempat dirakamkan...

sib baik ada kakcik ambil gambar ni...

syok ja tengok depa berenang


ikan apa ni...

papa

dina


sayang adik....


dengan Nani

Nani dr jauh datang kenduri Sri...





Kenduri Sri Suraya


awat pi tengok kot lain pulak...

meera, sri , aku dan hana

sri dan suami

Sri ni kawan aku masa matrik dulu..dah dia invite dan aku pun kelapangan itu yang dapat pergi tu..lagipun hari ni jugak aku janji ngan kawan2 matrik nak pi aquaria KLCC..Sampai pun dah lewat jadi kami antara yang lewat la..Jumpa kawan aku Meera dan Shereen kat situ..bayangkan hampir 10 tahun tak jumpa kan...semua dah beranak pinak dah..

Ini gambar2 ihsan dari meera sebab semua gambar yang aku ambil dah reformat balik...dik kamera yang buat hal..

Tuesday, December 23, 2008

Hana Turns 1

Tanggal 17/12/2008 genaplah Hana setahun..masa ni dah pun pandai berjalan..Majlis ni buat kat Rumah Makteh di Klang..disebabkan rumah dia besar dan jimatlah kami dari menyewa khemah..so permintaan makteh untuk majlis dibuat di rumahnya kami tunaikan..Masa tu mak dan adik2 semua mai dr Penang..coincidently time tu konvo Salmi kot..ish..boleh pulak aku lupa..itulah yang bagusnya benda alah ni..terpaksa pulak aku perah otak nak mengingat kembali perjalanan majlis tu..

Apa yang aku ingat..Si Azwan dan Asyraf jadi tukang buat ABC..Lain2 nanti aku recall balik bila tengok gambar2...hehe


Patutla masa majlis berlangsung kelibat kakak tak nampak...


adik nak suruh dukung..terkejut tengok org ramai-ramai

our family

first touch...

takuttt..........



kek last minit..dr mickey mouse dpt chicken little pulak

aunty ayin sebagai pengelola majlis

nak padam pulak api ni...

tisya makan apa tu?....

tetamu mula menikmati hidangan..

kakak with the musk..

uncle azwan sibuk memakaikan topi

ain...

pisstttt...


smile...

Thursday, December 18, 2008

Hana Turns 1-1st Edition


Birthday Hana disambut exactly pada 17/12/2008 di LAvender, Jusco Bukit Tinggi..Sambut hanya berempat disebabkan nak ikutkan tarikh mak datang sini agak lewat...Hanya dengan sebiji kek kecil..itupun dah cukup untuk Hana dan Dina...Kalau sebijik kek besar tu sapa la yang nak habiskan memandangkan bukannya hantu kek..

Tengok..masa tu rambut Hana masih pendek..mcm kakak masa setahun..