Wednesday, August 12, 2009

Menjelang Hari Lahir En Hubby

Hari Lahir suamiku yang ke 32 jatuh pada 13.8.2009. Berbulan2 lamanya aku memikirkan apa hadiah yang patut aku bagi padanya..dia dah hint awal2 kat aku..dia taknak baju, seluar dan kasut..
Aku punya style..aku akan bagi hadiah yang mengikut keperluan semasa dia..So apa yang aku boleh fikir sementara ni ialah handphone..sbb dia masih menggunakan handphone lama..model aku pun tak ingat..tapi Nokia la...puas diperli oleh sedara dan kawan2 pasal handphone dia ni..hmm kalau ikutkan Sharul..sampai dah betul2 takleh pakai baru la akan dibelinya..itupun selagi boleh repair dia akan repair.

So sejak berbulan2 berfikir..tolak pi tolak mai..aku pun belikan dia Nokia N86..fuh..berpeluh jugak la..tiris poket aku...harga yang aku ingat masa tu RM1880 kot...si salesmen tu siap pujuk aku beli aksesori itu ini..aku kata..nanti dia pi beli sendiri la kalau dia nak..aku bagi yang basic udahler...aku dah tengok function dia..siap buat comparison lagi ngan W995 dan N97..kalau ikut function kamera N86 dan W995 8mp kamera..so aku leh tumpang kamera tu sekali..hehehe..aku kan hantu kamera..kalau suka main game N86 la jawabnya..tapi kalau ikut cantik aku suka N97, tapi 5Mp kamera..so reject lah...W995 tu pulak aku reject sebab salesman tu mcm taktau jual..hahahaha

so bermulalah ceritanya..tengahari pada 12.8.2009 tu lepas aku ambil Dina, terus aku singgah Jusco..niat di hati nak la kongsi keseronokan membeli hadiah tu dengan dia..lepas beli handphone kami pun ke kedai Crocs sebab Sharul pun ada bersungut selipar dia dah hilang bunga..so aku beli la satu selipar dengan harga RM169 kalau tak salah aku...dia selalu pakai saiz 11 tapi nampak macam besar la saiz tu..so aku pun beli la saiz 10..

Lepas habis kerja terus aku balik rumah. dan cepat2 aku sorokkan hadiah tu bawah katil adik aku...konon2nya mcm tak beli apa2 hadiah..Malamnya hantar Dina pergi Kumon..dan aku lepak di kedai makteh..cukup sejam..sharul pun pergi la mengambil Dina.Alkisahnya...Dina telah pun bocorkan rahsia pada papanya.Ishh..geram pun ada...

So..terpaksalah aku memberi hadiah awal dalam jam 10...sebab anak2 dah nak tido...

No comments: